Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
206) PULANGAN PELABURAN DARI ANAK SYARIKAT KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci dividen, bonus dan sebagainya dari anak-anak syarikat Kerajaan Negeri pada tahun 2015
- Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk
Bagi tahun 2015, tiada pembayaran dividen dan bonus daripada anak syarikat kepada Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) telah membayar dividen kepada Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) seperti jadual berikut:-
DIVIDEN, BONUS DAN SEBAGAINYA DARIPADA ANAK-ANAK SYARIKAT YANG DIBAYAR KEPADA KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2015
PERBADANAN / ANAK SYARIKAT
PENDAPATAN (RM)
PERBELANJA AN (RM)
KEUNTUNGAN
/ KERUGIAN (RM)
DIVIDEN / BONUS KEPADA MBI (RM)
KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB) 114,689,928.00 99,461,464.00 16,151,009.00 Dividen akhir yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 berjumlah RM10,700,000.00
PERMODALAN NEGERI 89,410,000.00 73,423,000.00 9,207,000.00 2,400,000.00** (Akaun PNSB 2015
SELANGOR BERHAD (PNSB) sedang dalam proses audit) DARUL EHSAN FACILITIES MANAGEMENT SDN BHD (MSNS) 3,803,485.00 2,263,838.00 457,730.00 45,773.00** (Akaun DEFM 2015
sedang dalam proses audit)
** PNSB & DEFM bercadang membayar dividen kepada MBI masing-masing berjumlah RM2.4 juta & RM45,773.00 sebaik sahaja selesai proses pengauditan Penyata Kewangan 2015.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada anak syarikat yang tidak memberi pulangan pelaburan dan merugikan?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat tujuh (7) syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang tidak bermotifkan keuntungan seperti senarai berikut :-
Bil Anak Syarikat 1. Tourism Selangor Sdn Bhd 2. Communication Corporation Sdn Bhd 3. Rantaian Mesra Sdn Bhd 4. Invest Selangor Berhad 5. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 6. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 7. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa membuat pemantauan berterusan ke atas anak-anak syarikat yang mengalami kerugian bagi membantu memulihkan kedudukan kewangan mereka. Sebagai langkah yang lebih komprehensif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) baru–baru ini telah menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menstrukturkan semula fungsi dan peranan anak syarikat. Perancangan ini dijangkakan dapat mengukuhkan lagi strategi korporat serta tadbir urus syarikat yang seterusnya dapat memberikan pulangan kepada pelaburan Kerajaan Negeri.