Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

67) PUBLISITI INISIATIF PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan Dasar Belia Selangor, Kerajaan Negeri telah membangunkan 12 program-program pembangunan belia seperti Ahli Parlimen Belia Malaysia, Youth Career, Program Rakan Muda Aktif dan sebagainya. Sila senaraikan cara-cara bagaimana anak muda dapat mengetahui setiap program-program ini.

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri telah mewujudkan Dasar Belia Selangor 2020 sebagai panduan kepada Pembangunan Generasi Muda di Selangor. Melalui Dasar Belia Selangor, 10 domain (bidang) utama telah diwujudkan iaitu Kepimpinan dan Literasi Politik, Hubungan Antarabangsa dan Pemikiran Global, Keusahawanan dan Ekonomi Digital, Pekerjaan dan Pembangunan Kemahiran, Pendidikan, Kebudayaan, Kreativiti dan Sukan, Keagamaan, Kesihatan dan Kesejahteraan, Media Digital dan Sosial, Nasionalisme dan Patriotisme serta Keseimbangan Alam Sekitar.

    Berdasarkan soalan yang dikemukakan, program-program pembangunan belia seperti Ahli Parlimen Belia Malaysia, Youth Career dan Program Rakan Muda Aktif merupakan inisiatif pembangunan belia yang dilaksanakan di peringkat nasional oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan.

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor menggunakan pelbagai kaedah dalam mempromosikan dan mewar-warkan program-program tersebut agar mendapat sambutan dan penglibatan daripada golongan anak muda. Sebagai contoh, Media Digital dan Sosial merupakan salah satu instrumen utama hebahan yang digunakan dalam mewar-warkan atau menghebahkan program-program yang ada di bawah JBSN kepada belia-belia yang ada di seluruh Negeri Selangor khususnya. Pendekatan yang diambil oleh JBSN mencakupi beberapa platform yang ada iaitu melalui hebahan berikut:

    i) Portal JBS Negeri Selangor: http://www.jbs.gov.my/jbs.selangor;

    ii) Facebook JBS Negeri Selangor: JBSBNSelangOr;

    iii) Instagram JBS Negeri Selangor: jbsnselang0r; dan

    iv) Twitter JBS Negeri Selangor: JBSBNSelangOr

    Selain daripada itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSN) juga sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat bersama persatuan belia, NGO- NGO, agensi — agensi kerajaan serta swasta yang berkaitan. Sebagai contoh, Majlis Belia Selangor (MBS) adalah merupakan rakan strategik utama yang memayungi badan- badan gabungan institusi belia dan kelab-kelab belia tunggal di negeri Selangor. Hebahan program juga turut dipanjangkan kepada Rakan Strategik sehingga ke peringkat akar umbi (daerah) iaitu melalui Majlis Belia Daerah (MBD) yang ada di setiap daerah di seluruh Negeri Selangor.

    Seterusnya, tidak ketinggalan iaitu Focal Point Jabatan Belia dan Sukan Negeri di peringkat daerah iaitu sembilan (9) buah Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) yang bertanggungjawab membantu dalam perihal publisiti program yang berkaitan. PBSD juga mempunyai rangkaian kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang ada untuk membantu proses hebahan bagi tujuan mendapatkan penyertaan dan juga hebahan berkonsepkan pendidikan.

  2. Apakah jenis publisiti utama Kerajaan Negeri untuk program pembangunan belia? Sila senaraikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.