Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

257) PTRS – DUN KOTA DAMANSARA N39

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agensi manakah yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir program PTRS bagi tahun ini dan 5 tahun yang lalu (2014-2018)?

    Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan PTRS bagi tahun 2014 sehinga tahun 2018 adalah Unit Pendidikan, Bahagiann Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat di setiap kawasan Dewan Negeri termasuk kawasan Dewan Negeri Kota Damansara.

  2. Berapakah dan siapakah (guru/pengajar dan murid-murid) yang telah terlibat dalam tempoh program tersebut mengikut tahun?

    Jumlah guru yang terlibat dianggarkan dalam 300 orang dan jumlah murid-murid yang terlibat adalah seramai 4,000 orang yang berdaftar untuk kelseluruhan kawasan Dewan Negeri. Guru-guru dan murid-murid yang terlibat pada waktu itu diplih oleh Koordinator Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dilantik di Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Dewan Negeri masing-masing. Murid-murid dipilih berdasarkan syarat pendapatan keluarga kurang daripada RM3,000 sebulan dan mempunyai pencapaian akademik yang lemah atau sederhana. Manakala guru-guru yang dipilih terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah, pelajar universiti atau bekas guru yang telah berpencen. Namun begitu pada tahun in program in telah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor , guru-guru yang mengajar dipilih daripada guru-guru yang berkhidmat di sekolah dan berkemahiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.