Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

25) PROSES PEWARTAAN STATUS TANAH BAGI 52 JETI-JETI NELAYAN DI NEGERI SELANGOR BAGI MEMBOLEHKAN PEMBANGUNAN DAN BAIKPULIH JETI-JETI NELAYAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor telah mula melakukan proses Pewartaan Status Tanah bagi 52 Jeti-jeti Nelayan di Negeri Selangor?

    Permohonan jeti bagi keseluruhan jeti-jeti di bawah seliaan LKIM iaitu sebanyak 51 buah jeti telah diluluskan secara dasar di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor  Bil.4/2015 yang diadakan pada 7 Disember 2015.  Lembaga telah mengeluarkan surat pemakluman kelulusan kepada LKIM pada 26 Januari 2016 di mana LKIM perlu mendapatkan kelulusan penggunaan tanah daripada Pentadbir Tanah sebelum Lembaga mengeluarkan lesen jeti. Sehingga hari ini, Lembaga masih belum menerima sebarang permohonan lengkap atau pelan ukur bagi semua jeti daripada LKIM untuk pengoperasian jeti.  Semakan status terkini dengan pihak LKIM mendapati kerja-kerja pengukuran jeti-jeti LKIM telah selesai dijalankan dan dalam peringkat mengemukakan permohonan penggunaan tanah kepada pihak Pentadbir Tanah.

  2. Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor telah mula melakukan proses pewartaan, apakah status proses pewartaan tersebut dan bila dijangka siap?

    Proses pewartaan akan mula dijalankan setelah permohonan dikemukakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.