Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

87) PROSES PERMOHONAN HPIPT SECARA ONLINE SERTA MAKLUM BALAS PERMOHONAN YANG LAMA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah jangkaan pemohon menerima maklum balas dan manfaat?

    Pemohon boleh menyemak status terkini permohonan masing-masing secara atas talian dari masa ke semasa.

     

    Notifikasi emel juga dihantar secara janaan sistem. Oleh itu, maklum balas sebenarnya dapat diperolehi dari masa ke semasa sekiranya pemohon membuat semakan.

     

    Jangkaan masa yang diperlukan untuk proses bayaran adalah tiga bulan setelah permohonan yang lengkap diterima.

  2. Apakah punca kelewatan atau tidak sampai maklumbalas kepada pemohon?

    Berpunca daripada ketidakpekaan pemohon sendiri di mana mereka tidak menyemak status permohonan masing-masing di laman web mahupun melalui emel. Urus setia tidak dapat menelefon setiap pemohon satu persatu kerana jumlah pemohon adalah terlalu ramai (purata 10,000 permohonan setahun). Panggilan telefon hanya dibuat kepada penerima-penerima yang tidak mengambil cek setelah tempoh

  3. Apakah no telefon pemohon yang diberi tidak dapat dimanfaat untuk maklumbalas lebih efektif?

    Panggilan telefon kepada penerima sering tidak berjawab dan ada banyak kes di mana nombor sudah tidak aktif atau tiada dalam

Lampiran

Tiada Lampiran.