Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

119) PROSES PENGELUARAN FATWA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terangkan secara terperinci proses pengeluaran fatwa dari sudut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor serta undang-undang lain berkaitan dengan cara dan kaedah sesuatu fatwa ini dikeluarkan.

    Proses pengeluaran fatwa diperuntukkan dalam Bahagian III, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang merangkumi Pelantikan Mufti, Kuasa Dalam Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Fatwa dan Fatwa yang Berhubung Kepentingan Nasional. Perkara tersebut diperuntukkan di bawah Seksyen 44 hingga 54 enakmen tersebut. Tatacara pembuatan fatwa diperuntukkan di bawah Seksyen 48 (1) hingga (9) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor).

  2. Adakah sumber rujukan fatwa juga melibatkan fatwa negara lain sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan?

    Sumber utama rujukan fatwa ialah mengikut susunan berikut :

    • Al Quran
    • Al Sunnah
    • Al Ijma’
    • Al Qias

    Sesuatu fatwa yang bersifat umum boleh dirujuk kepada fatwa negara lain sebagai perbandingan. Sekiranya menepati keadaan setempat maka keputusan fatwa itu boleh dijadikan perbandingan dan ianya sebagai asas bagi membuat sebarang keputusan.

  3. Apa akan berlaku sekiranya terdapat dua fatwa yang bercanggahan antara satu sama lain?

    Pengeluaran Fatwa adalah bidang kuasa negeri sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Jadual Kesembilan Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan. Walaupun terdapat percanggahan antara satu sama lain, tetapi mana-mana fatwa yang telah diwartakan adalah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Selangor untuk mematuhi sebagai ajaran agamanya. Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.