Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
275) PROSES PENAWARAN KERJA KONTRAK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk melantik kontraktor bagi pelaksanaan projek di Negeri Selangor?
Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sentiasa menekankan agar setiap agensi/jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri mematuhi tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa dalam urusan pelantikan kontraktor iaitu secara perolehan terbuka (sebut harga dan tender). Semua urusan berkaitan perolehan Kerajaan juga hendaklah dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan seperti berikut:-
- Akauntabiliti awam (public accountability)
- Diuruskan secara telus (transparent)
- Nilai faedah yang terbaik (best value for money)
- Saingan terbuka (open competition)
- Adil dan saksama (fair dealing)
Mekanisme pelantikan kontraktor secara rundingan terus akan hanya dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu di mana tatacara perolehan terbuka tidak bersesuaian khususnya bagi perkara-perkara yang ada elemen keperluan mendesak, bagi maksud penyeragaman, satu punca pembekal/pembuat, melibatkan keselamatan strategik, kontrak dengan syarikat bumiputera atau lain- lain justifikasi yang wajar seperti yang digariskan oleh 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PK7.13 Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Secara Rundingan Terus.
-
Apakah Syarikat GLC Negeri Selangor seperti DEIG, MBI, KDEB, Hebat Abadi, Worldwide dan lain-lain memperoleh projek Kerajaan Negeri melalui proses tender terhad,tender terbuka atau rundingan terus?
Syarikat GLC Negeri Selangor yang telah memperolehi projek Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 secara rundingan terus adalah seperti berikut:-
1.Worldwide Holdings Sdn Bhd
Bil Tajuk projek Kaedah Perolehan Jumlah (RM) (a) Kelulusan Lantikan Terus Worldwide Holdings Berhad (WHB) Bagi Melaksanakan Projek Menaiktaraf Dan Pemuliharaan Tapak Pelupusan Panchang Bedena (TPPB) Kepada Tapak Pelupusan Sanitari Di Daerah Sabak Bernam, Selangor Rundingan Terus 6,907,200.00 Jumlah 6,907,200.00 - Hebat Abadi Sdn Bhd
Bil Tajuk projek Kaedah Perolehan Jumlah (RM) (a) Pelantikan Secara Terus Syarikat Hebat Abadi Sdn. Bhd. Bagi Perkhidmatan Kerja Kutipan Sampah Pukal Di Kawasan Perumahan Bertingkat Kos Rendah Yang Dikenalpasti Sebagai Hot Spot Wabak Denggi Di Negeri Selangor. Rundingan Terus 86,500.00 (b) Kelulusan Lantikan Terus Hebat Abadi Sdn. Bhd. (HASB) Bagi Melaksanakan Perkhidmatan Kutipan Sampah di Pulau Ketam Dan Bagan Sungai Lima, Pelabuhan Klang
Rundingan Terus 1,056,000.00 Bil Tajuk projek Kaedah Perolehan
Jumlah (RM) (c) Kelulusan Pelantikan Secara Terus Syarikat Hebat Abadi Sdn. Bhd. Sebagai Kontraktor Bagi Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Sampah Pukal Di Kawasan Perumahan Bertingkat Lokasi Hot Spot Wabak Denggi Negeri Selangor Dalam Tempoh Enam Bulan
Rundingan Terus 1,100,280.00 Jumlah 2,242,780.00