Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
236) PROSES ARBITRASI BEKALAN AIR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selain daripada tawaran harga, apakah lagi skop dan aspek-aspek yang terlibat dalam proses arbitrasi yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor melalui Model Holistik. Tawaran pengambil alihan telah dikemukakan kepada Pemegang
Konsesi Air, namun ianya telah ditolak. Justeru itu, Kerajaan Negeri
Selangor di dalam beberapa surat kepada YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air telah mencadangkan supaya pihak YB Menteri merujuk syarikat-syarikat konsesi air yang enggan berunding kepada penimbang tara antara bangsa untuk menyelesaikan isu harga tawaran. Perkara yang dicadangkan untuk dibawa kepada penimbang tara antara bangsa hanyalah melibatkan nilai tawaran yang tidak dipersetujui oleh Pemegang Konsesi. Walau bagaimanapun, sebelum perkara tersebut boleh dirujuk kepada penimbang tara antarabangsa, persetujuan bersyarat dari semua pemegang konsesi ke atas tawaran yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor.
-
Berapakah tawaran harga yang diarbitrasikan oleh Kerajaan Negeri dan apakah pecahan-pecahannya?
Dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan tiga tawaran kepada Pemegang Konsesi seperti berikut:-
Tarikh Nilai tawaran Status Tawaran (RM/JUTA) 13.02. 2009 5,709 Ditolak oleh kesemua Konsesi Pemegang 25. 06.2009 9,218 ABASS dan SPLASH bersetuju menerima tawaran SYABAS dan Puncak tawaran
menolak 31.01.2010 9,227 Ditolak oleh kesemua Konsesi Pemegang Sehingga hari ini, memandangkan tidak ada persetujuan bersyarat yang diperoleh dari Pemegang Konsesi ke atas tawaran pengambil alihan, maka rujukan kepada penimbang tara belum dikemukakan lagi.
-
Adakah Kerajaan Negeri melantik mana-mana syarikat perunding bagi menyediakan dokumentasi bagi proses arbitrasi ini dan jika ada berapakah yuran yang dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat perunding tersebut?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor belum melantik mana-mana perunding bagi menyediakan dokumentasi bagi proses timbang tara.