Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
172) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Digital Negeri yang telah diadakan sepanjang tahun 2019?
Pada 23 Januari 2019, mesyuarat pertama Jawatankuasa Infrastruktur Digital Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Dewan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Ir. Izham selaku Exco Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani menyaksikan syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersetuju untuk bekerjasama dengan jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi membangunkan inisiatif-inisiatif di bawah “Domain Smart Digital Infrastructure”.
-
Apakah inisiatif baru Kerajaan Negeri untuk mengkoordinasi pembangunan infrastruktur digital di seluruh Negeri Selangor?
Di samping penubuhan Jawatankuasa Infrastruktur Digital Negeri Selangor, Pihak Kerajaan Negeri melalui SMARTSEL sedang menjalankan perbincangan dan kajian bersama-sama 5G Openlab di bawah Cyberview Sdn Bhd berkenaan keberkesanan dan daya maju (viability) projek-projek turus 5G terhadap komuniti dan perusahaan di Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dengan memudah cara kajian kebolehlaksanaan (feasibility) dan perancangan sambungan rangkaian ke kawasan tertentu di dalam Negeri Selangor melalui interaksi dengan anak-anak syarikat yang telah dipertanggungjawabkan.