Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
194) PROSEDUR PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN CERUN DAN TEBING SUNGAI DALAM NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah -langkah Kerajaan dalam kerja penyelengaraan kerja pembaikan cerun yang berdekatan kawasan perumahan?
Langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam kerja penyelengaraan pembaikan cerun adalah dengan melakukan inventori pengumpulan data maklumat cerun-cerun di setiap PBT. Hasil daripada inventori tersebut cerun-cerun akan dipantau dalam masa dua (2) kali setahun atau sekali setahun mengikut keperluan dan cerun-cerun kritikal akan di selenggara dan dibaikpulih. Notis pemakluman akan status cerun terjejas yang berada di dalam lot milik individu juga akan disampaikan untuk tindakan penyelenggaraan oleh individu berkaitan.
-
Apakah prosedur Kerajaan dalam kerja penyelengaraan dan pembaikan tebing sungai yang berdekatan kawasan perumahan?
Prosedur asas dalam kerja penyelengaraan dan pembaikan tebing sungai yang berdekatan kawasan perumahan adalah pembinaan struktur seperti gabion wall, floodwall, L-shape, U-Drain dan juga Sand Mattress mengikut kepada kesesuaian kawasan berkenaan. Selain itu, terdapat juga kerja pembaikan bukan fizikal seperti penanaman rumput di tebing
-
Berapakah tempoh masa untuk kelulusan kerja-kerja pembaikan cerun dan tebing sungai tersebut?
Tempoh masa untuk kelulusan kerja-kerja pembaikan cerun dan tebing sungai adalah dalam tempoh 3 hari setelah semakan tapak
MAKLUMAT TAMBAHAN
Prosedur perolehan bagi kerja sebutharga adalah seperti dibawah:
BIL. PERKARA TEMPOH 1. LAWATAN TAPAK 1 hari 2. PENYEDIAAN DOKUMEN PELAWAAN SEBUTHARGA, SENARAI KUANTITI, DAN PELAN LUKISAN
3-14 hari 3. IKLAN ONLINE 3 hari 4. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK 1 hari 5. PELAWAAN SEBUTHARGA 7 hari 6. TUTUP SEBUTHARGA 1 hari 7. PENYEDIAAN LAPORAN SEBUTHARGA 3-14 hari 8. JAWATANKUASA SEBUTHARGA 3 hari 9. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) 3 hari 10. SERAH TAPAK 1 hari JUMLAH 26-48 hari