Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
171) PROSEDUR PENURAPAN JALAN DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah undang-undang dan prosedur untuk kerja penurapan jalan yang ingin dilakukan oleh kontraktor dilantik melalui Kerajaan Persekutuan?
Kerja-kerja penurapan jalan oleh pihak kontraktor perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan didalam kontrak serta mengikut Arahan Teknik Jalan (ATJ) yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya
-
Apakah tindakan diambil sekiranya kerja tersebut tidak dibuat dengan baik sehingga rakyat menggadu / salah faham kerja tersebut dilakukan oleh PBT?
Tindakan yang diambil sekiranya kerja penurapan jalan tersebut tidak dilaksanakan dengan baik, pihak JKR akan mengeluarkan Non-Comformance Report (NCR) yang mana penutupan kepada NCR tersebut memerlukan kerja pembaikan semula yang sewajarnya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, pemotongan terhadap tuntutan pembayaran kepada kontraktor juga akan dilakukan sekiranya masih ingkar untuk membaiki semula.
Sekiranya PBT menerima aduan daripada penduduk mengenai kualiti kerja penurapan jalan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan tidak memuaskan, PBT akan membuat semakan dan memanjangkan aduan tersebut melalui surat rasmi untuk agensi yang terlibat serta sesalinan kepada pihak pengadu.