Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
241) PROSEDUR PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah bilangan projek usahasama antara MBI dengan pihak yang lain serta prosedur kelulusan projek berkenaan
Setakat ini, MBI hanya terlibat dalam projek usahasama dengan dua syarikat sahaja dan segala proses kelulusan projek diuruskan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang telah diberi kuasa melalui Power of Attorney bertarikh 10 Oktober 1996 (Deed of Revocation of Power of Attorney ditandatangani oleh MBI dan KDEB bertarikh 26 Disember 2008).
-
Sila kemukakan senarai maklumat lengkap projek usahasama MBI yang melibatkan tanah pemberimilikan oleh Kerajaan Negeri.
Maklumat projek usahasama MBI yang melibatkan tanah pemberimilikan Kerajaan Negeri adalah seperti berikut;
BIL SYARIKAT USAHASAMA LOKASI KELUASAN (ekar)
STATUS 1. GM Build Sdn Bhd Taman Garing Utama, Rawang 65.54 Projek telah selesai & Pemaju telah digulungkan 2. Alphaprise Sdn Bhd Kapar, Klang 479.14 JV ditamatkan & tanah telah dijual kepada Alphaprise. Bayaran penuh telah diterima oleh MBI.