Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

59) PROMOSI PELANCONGAN SELANGOR SECARA BERSEPADU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat usaha mempromosi tempat pelancongan di seluruh Selangor dalam bentuk satu pakej dan bukannya terpisah-terpisah?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menyediakan beberapa pakej pelancongan berdasarkan permintaan pasaran domestik dan antarabangsa. Pakej- pakej tersebut turut dirangka dengan kerjasama agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan juga persatuan pelancongan seperti Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA) dan Malaysia Association of Hotels (MAH).

    Pakej pelancongan yang telah dihasilkan tersebut disusun secara menyeluruh meliputi seluruh negeri berdasarkan permintaan dan pasaran yang mempunyai pelbagai pilihan serta boleh diubah mengikut keperluan para pelancong.

    Sebagai contoh, bagi pasaran pelancong daripada Negara Jepun dan Korea, segmen pelancongan pilihan yang ditawarkan adalah pelancongan kebudayaan dan warisan, pelancongan agro serta inap desa (homestay) dan pelancongan eko serta alam semula jadi di mana destinasi tumpuan utama melawat Bandar Diraja Klang, Istana Alam Shah, Inap desa di sekitar Sabak Bernam, Bukit Malawati, Sky Mirror dan Masjid Biru, Shah Alam meliputi perjalanan selama empat (4) hari tiga (3) malam bermula di Shah Alam seterusnya ke Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan berakhir di Shah Alam semula.

    Beberapa pakej yang telah tersedia dan dilancarkan mengikut permintaan pasaran adalah seperti yang berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.