Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

8) Promosi Pelancongan Selangor Peringkat Domestik

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan Selangor dalam kempen promosi pelancongan domestik iaitu kempen "Pusing Selangor Dulu" dan "Splendid Selangor, Take Me Anywhere"

    Untuk makluman yang berhormat, pada permulaannya Tourism Selangor telah merancang untuk melaksanakan pelbagai promosi dalam dan luar Negara sepanjang tahun 2020 ini. Namun begitu, seperti semua sedia maklum, pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sejak awal tahun ini telah memberi kesan kepada aktiviti pelancongan di seluruh dunia.

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Tourism Selangor telah melaksanakan kempen promosi dalam negara “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” dan kempen promosi untuk pasaran Global “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!” bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan di Negeri Selangor bagi tempoh pasca Covid-19.

    Antara Inisiatif yang dilaksanakan bagi mendukung Kempen “Pusing Selangor Dulu” ini adalah seperti berikut :

    Bagi pasaran antarabangsa pula, Tourism Selangor tidak ketinggalan di dalam menyertai beberapa aktiviti-aktiviti mempromosikan produk pelancongan di negeri Selangor secara di atas talian menerusi  program WEBINAR yang dianjurkan oleh penggiat-penggiat industri. Di antaranya , Tourism Selangor telah menerima jemputan untuk menjadi panel di dalam sesi Webinar bersama-sama persatuan pelancongan di negara berkenaan. Di antara program Webinar yang telah disertai oleh Tourism Selangor adalah :

  2. Adakah pihak kerajaan Negeri ada mengeluarkan apa-apa produksi video untuk promosi pelancongan ini? Sekiranya ya, sila senaraikan

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mengambil langkah proaktif meningkatkan penganjuran kempen pengiklanan dan promosi pelancongan melalui platform digital, atas talian (Online), kempen media sosial, ‘Influencer Marketing’ dan Teknologi VR melalui ‘Travel Virtual Tour’. Penyediaan ‘content’ atau pengisian promosi amat penting termasuk produksi video promosi pelancongan. Antara video promosi yang telah dan sedang dihasilkan adalah seperti berikut:-

    1. Video ‘Discover Selangor, Take Me Anywhere’
    2. Video ‘Alami Selangor’ – Experiential Tourism Program Hos Komuniti Selangor
    3. Video ‘Walking Through..’ – Video Promosi Pelancongan Daerah
    4. Video ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!’ – Sedang dalam pembikinan
    5. Video Pelancongan Kesihatan & Perubatan Selangor
    6. Video ‘Virtual Travel Tour around Selangor’ – Untuk 10 Destinasi Pelancongan

Lampiran

Tiada Lampiran.