Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

173) PROMOSI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah program yang telah dijalankan pada tahun 2024 dalam mempromosikan sektor pelancongan Negeri Selangor?

    Tourism Selangor selaku Badan Pelancongan Negeri sentiasa secara konsisten menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti di dalam mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama kepada para pelancong samada pelancong domestik dan antarabangsa. Bagi tahun 2024, 49 program dan acara telah dan akan dijalankan oleh Tourism Selangor. Diantara program-progran utama yang telah dan akan dilaksanakan adalah:

    1. PROGRAM PROMOSI DALAM NEGARA: 10 PROGRAM
    • MATTA Fair March 2024
    • MATTA Fair September 2024
    • Selangor Travel Mart (STM)
    • MIT Pahang
    • MATTA Fair Johor
    • Selangor Travel Fair (STF)
    • Skuad Kembara Pusing Selangor Dulu – MSU
    • Skuad Kembara Pusing Selangor Dulu – SMK Taman Melawati
    • Skuad Kembara Pusing Selangor Dulu – SMK Bukit Changgang
    • Skuad Kembara Pusing Selangor Dulu – SMK Sungai Besar

     

    1. PROGRAM PROMOSI ANTARABANGSA – 8 PROGRAM
    • ASEAN Tourism Forum (ATF) 2024 Laos
    • SATTE 2024 & India Roadshow
    • ITB Berlin 2024
    • Arabian Travel Market (ATM) 2024 Dubai
    • Malaysia Roadshow to Europe 2024
    • Sales Mission to China 2024
    • Sales Mission to China & Hong Kong 2024
    • Xiamen International Leisure Expo 2024

     

    1. ACARA PELANCONGAN – 31 PROGRAM
      • 48th Bon Odori Festival
      • Malaysia Healthcare EXPO 2024
      • Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024
      • The 34th Raja Muda Selangor International Regatta 2024
      • Selangor Cruise Festival V2 2024
      • Majlis Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024
      • Gunung Nuang Ultra Run
      • Wings Of KKB
      • Karnival E-Sport Shah Alam
      • Festari Final
      • King of Kampung Kemensah
      • PJ Half Marathon
      • Program Sate & Kopi Secocok Bersama 2.0
      • Sambutan Hari Kelip – Kelip Sedunia
      • Selangor King Of Mountain
      • Pesta Kelaut Kelanang 2024
      • The Great Malaya Trail
      • Pesta Makan Makan Sabak Bernam
      • Festival Warisan dan Seni Budaya Pelancongan Daerah Klang
      • Shah Alam Art Fiesta
      • Pesta Sayap
      • Festival Kuala Langat Cultural Arts & Tourism
      • Jom Ke Kampung
      • Shah Alam 5km Run
      • The 34th Raja Muda Selangor International Regatta 2024
      • Karnival Ekstrem Gua Damai 2024
      • Karnival Ban Canal
      • Larian Bendang Ban Canal
      • Moto GP & Pelancaran VSY 2025
      • Pelancaran VSY @ SUK
      • Konsert Visit Year Selangor 2025
  2. Apakah pelan strategik Kerajaan Negeri Selangor dalam mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor untuk tempoh 5 tahun akan datang?

    Berikut merupakan pelan strategik Kerajaan Negeri Selangor dalam mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor untuk tempoh 5 tahun akan datang.

    1. Pasaran Promosi Pelancongan: Membangunkan beberapa segmen pasaran yang berpotensi samada pasaran pelancong domestik dan antarabangsa dengan meninjau daya tarik pelancongan negeri, seperti budaya, sejarah, alam semula jadi, dan gastronomi.
    2. Digitalisasi: Membina platform komunikasi dan digital yang lebih mesra pengguna dan menggunakan teknologi terkini bagi mengemaskini maklumat terkini tentang destinasi, acara, dan promosi.
    3. Konten Kreatif dan Media Sosial: Memaksimumkan promosi dengan membangunkan strategi media sosial yang aktif di platform seperti Instagram, Facebook, dan TikTok untuk mempromosikan gambar menarik dan cerita pelancongan.
    4. Program Kerjasama bersama Pempengaruh dan KOL: Kolaborasi dengan influencer pelancongan untuk memperluas capaian promosi pelancongan.
    5. Memperkenalkan Kempen Promosi Tahunan: Memastikan kempen bermusim, atau kempen tahunan dirancang dan dilaksanakan berimpak tinggi dan mempunyai sasaran yang jelas seperti kempen melawat negeri, kempen segmentasi pelancongan dan kempen pasaran negara sasaran.
    6. Pembangunan Pakej Pelancongan: Menawakan pakej pelancongan yang beritegrasi dan menarik dengan kerjasama hotel, restoran, dan pengangkutan.
    7. Acara dan Festival: Menganjurkan acara kebudayaan, seni, dan gastronomi untuk menarik pelancong.
    8. Kerjasama Strategik: Menjalinkan usahasama dan kerjasama bersama penggiat industri pelancongan seperti Agensi Pelancongan, hotel, restoran, dan perniagaan tempatan untuk mempromosikan destinasi.
    9. Pembangunan Produk Pelancongan: Menganjurkan inisiatif dan pelancongan Berasaskan Komuniti dengan membangunkan produk pelancongan yang melibatkan masyarakat setempat serta membangunkan produk pelancongan dengan pengalaman pelancongan unik

Lampiran

Tiada Lampiran.