Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
65) PROMOSI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan program promosi pelancongan Negeri Selangor dan perbelanjaannya dari bulan Januari hingga Jun 2019.
Senarai program promosi pelancongan Negeri Selangor dan perbelanjaannya dari bulan Januari hingga Jun 2019 adalah seperti berikut:-
i)PROGRAM PROMOSI LUAR NEGARA
BIL PROGRAM TARIKH PROGRAM PERBELANJAAN (RM) 1 ATF (Vietnam) 16-18 Januari 2019 39,094.10 2 SATTE (India) 16-18 Januari 2019 14,503.90 3 Suzhou International Travel Fair 7-13 Mac 2019 7,616.25 4 ITB (Berlin) 6-10 Mac 2019 233,783.03 5 ATM (Dubai) 28 April – 2 Mei 2019 68,839.00 6 Road Show To Jepun 2.0 23-29 Mac 2019 112,917.97 JUMLAH 476,754.25 - SIRI PROMOSI DALAM NEGARA
BIL PROGRAM TARIKH PROGRAM PERBELANJAAN (RM) 1 MATTA Fair Mac 2019 15-17 Mac 2019 90,210.00 2 MITA Tourism Carnival 29-31 Mac 2019 32,580.95 3 Squad Kembara Sekolah 17 April 2019 2,517.70 JUMLAH 125,305.65 Jumlah perbelanjaan program promosi pelancongan Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2019 adalah sebanyak RM602,305.65
-
Senaraikan rancangan pelancongan dalam Negeri Selangor mengikut DUN.
Perancangan dan peruntukan menaik taraf produk-produk pelancongan khusus mengikut DUN adalah bergantung kepada permohonan yang dikemukakan oleh setiap Pejabat Daerah/ Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 5 juta bagi tujuan menaik taraf produk pelancongan di dalam Negeri Selangor dan RM3.5 juta untuk program dan aktiviti promosi pelancongan termasuk dalam membangunkan dan mempromosikan industri pelancongan di kawasan luar bandar yang berpotensi dibangunkan menjadi pusat tarikan pelancong.