Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

261) PROJEK YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status terkini projek pembinaan semula Yayasan Selangor di Bukit Bintang.

    Projek pembangunan semula bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang telahpun diluluskan oleh pihak Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor dan sedang di dalam proses pelaksanaan.

  2. Status terkini projek pembangunan semula Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) di Kampung Pandan.

    Pihak Yayasan Selangor telah bekerjasama dengan pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam melaksanakan Request for Proposal (RFP) untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur (mixed development) tanah tersebut bagi mendapatkan pulangan yang terbaik dari pemaju. Proses RFP ini sedang didalam peringkat akhir penilaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.