Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

86) PROJEK YANG DIJALANKAN OLEH TETUAN PERKUAT KUARI DI KAWASAN BUKIT PERMAI, AMPANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah projek yang syarikat ini akan dijalankan. Sila nyatakan semua projek dan unit rumah yang akan dibina.

    Pemaju Perkuat Kuari hanya mempunyai satu projek skim perumahan iaitu Taman Bukit Permai di atas Lot PT 18060-18064 Mukim Ampang. Keseluruhan kawasan perumahan Taman Bukit Permai yang berkeluasan 95.72 ekar mempunyai 6624 unit kediaman dan telah mula siap dibina sejak tahun 1993 melalui pelan tataatur yang telah diluluskan oleh JPBD Selangor pada 22 Disember 1987. Manakala bagi fasa yang sedang dalam pembinaan adalah melibatkan rumah berkembar (10 unit), rumah banglo (17 unit) dan rumah teres mewah (18 unit). Kebenaran Merancang pembangunan fasa tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 12/2006 pada 29 Disember 2006.

  2. Memandangkan pemaju ini adalah satu pemaju yang amat tidak bertanggungjawab bolehkah pihak PBT atau kerajaan menolak segala permohonan dari syarikat tersebut?

    Kebenaran merancang yang telah diluluskan oleh pihak MPAJ, merujuk Akta 172, Kebenaran Merancang yang telah diberikan boleh ditarik balik atas kepentingan awam dengan kelulusan Jawatankuasa Perancangan Negeri. Sekiranya pemaju tidak mematuhi kelulusan yang diberikan, pihak MPAJ boleh mengambil tindakan berhenti kerja melalui peruntukan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.

Lampiran

Tiada Lampiran.