Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

9) PROJEK YANG DIBAWAH JAGAAN PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek yang telah dilaksanakan semenjak 2011 sehingga hari ini di DUN Sungai Pelek?

    Jumlah projek yang telah dilaksanakan semenjak 2011 sehingga hari ini di DUN Sungai Pelek dengan menggunakan peruntukan pembangunan Kampung Baru adalah sebanyak dua (2) projek.

  2. Sila bekalkan senarai terperinci mengikut projek dan kos perbelanjaan setiap projek serta nama kontrak-kontrak.

    Data lengkap berkaitan projek tersebut adalah seperti berikut :

     

    BIL. PELAKSANA PROJEK KAMPUNG PERUNTUKAN

    (RM)

    NO. WARAN

    / NO. CEK

    KONTRAKTOR
    1. PDT Sepang Membaik

    pulih balai raya Pekan Salak dan kerja berkaitan.

    Kg. Baru Salak 139,000.00 W0016107 Izzat Maju
    2. Majlis Perbandaran Sepang Membina sebuah pintu gerbang di Kg. Baru

    Sepang

    Jaya

    Kg. Baru Sepang Jaya 28,850.00 761521 (11/2/2011) Pemborong Binaan Nizam
  3. Berapakah harga projek gerbang pintu Kg. Baru Sepang dan siapakah kontraktornya serta perbelanjaan untuk majlis perasmian gerbang pintu tersebut?

    Kos perbelanjaan untuk majlis perasmian pintu gerbang Kg. Baru Sepang Jaya adalah sebanyak

    RM 2,784.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.