Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

207) PROJEK UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat projek-projek ICU di Selangor? Jika ya, nyatakan jumlah projek-projek ICU yang sedang dilaksanakan mengikut daerah.

    Ya, Kerajaan Negeri mempunyai maklumat projek-projek ICU (Pejabat Pembangunan Negeri) di Negeri Selangor. Berikut adalah senarai terperinci projek mengikut Daerah dan peruntukan.

    Peruntukan Khas YB PM dan TPM/Senator (Jan – Mei 2018)



  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya Pejabat Daerah/Tanah menguruskan projek-projek ICU? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Ibu Pejabat Putrajaya memaklumkan bahawa semua projek yang dilaksana oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor selepas pilihanraya ke 14 akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah / Tanah khusus bagi peruntukan dibawah Projek Mesra Rakyat. Walaubagaimanapun, bagi projek dibawah peruntukan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), ia akan dilaksana oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.