Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
66) PROJEK THE BOSS SERVICE SUITES TERBENGKALAI SEJAK TAHUN 2015
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini tentang projek terbengkalai tersebut?
Pihak Likuidator memaklumkan dokumen penyelarasan penyelesaian hutang masih perlu dirujuk ke mahkamah untuk perbincangan lanjut yang dijangka pada bulan November 2017.
-
Apakah tarikh dan kandungan Perjanjian Jual Beli yang dikatakan telah ditandatangani oleh liquidator dan pembeli baru?
Pihak Likuidator memaklumkan projek ini telah dijual dan perjanjian jual beli telah ditandatangi pada 2 Jun 2017. Tiada makluman rasmi dikemukakan kepada Majlis berkenaan kandungan perjanjian jual beli ini
-
Bila pembangunan dijangka disambung semula?
Pihak Likuidator memaklumkan kerja dijangka akan berjalan 6 atau 12 bulan selepas tarikh dokumentasi penyelesaian hutang dirujuk ke mahkamah.
Cadangan Pembangunan:-
1 Blok Suite Servis 28 Tingkat (Mengandungi 4 Tingkat Podium Perniagaan dan 24 Tingkat 377 unit Suite Servis) Dengan 2 Tingkat Tempat Letak Kereta Bawah Tanah.
4 Tingkat Tempat Letak Kereta dan 2 Tingkat Bawah Tanah.
Di atas Lot 116 Dan Lot 117 (Lot Asal 64 GM5524), Jalan Batu Tiga Lama, Klang Utara, Klang Bandar
Pemaju Asal : Tetuan Hotwer Development Sdn Bhd
Perunding Arkitek : Tetuan Akipanel Architects Sdn Bhd
Perunding Jurutera: Tetuan Universal Consult
Likuidator : KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd
Komponen pembangunan ini merupakan pembangunan bercampur yang mengandungi ruang perniagaan dan 377 unit servis apartment di atas tanah komersial.
Fail asal bagi pembangunan ini telah dimajukan pada 2010 dan telah lulus sepenuhnya pada 2011 dan telah memulakan kerja pembinaan pada 09/06/2011 melalui Borang B yang dikemukakan oleh perunding Arkitek. Fail pindaan pula telah dikemukakan pada 08/05/2012 dan telah diluluskan sepenuhnya 05/04/2013.
Kerja pembinaan telah diteruskan sehingga pada Ogos 2014, perunding memaklumkan bahawa pemaju projek ini telah berpindah ke luar negara dan meninggalkan projek ini. Perunding juga telah mengesahkan tiada sebarang kerja pembinaan di tapak.
KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd telah mengambilalih projek ini bermula November 2014 apabila telah dilantik oleh Mahkamah Tinggi. Pada tahun 2015 pihak likuadator bahawa pihaknya sedang membuat proses nilaian harta nah dan di jangka siap pada Jun 2015. Pada tahun 2016, pihak likuadator memaklumkan bahawa projek ini telah ditender semula dan terdapat 3 syarikat yang berminat dengan pembangunan ini.
Sehingga Julai 2017, pihak likuadator telah menawarkan projek kepada pembeli baru. “Sale & Purchase Agreement” juga telah ditandatangani. Walau bagaimanapun masih terdapat dokumen yang tidak lengkap dan perlu melalui prosedur mahkamah terlebih dahulu untuk perbincangan lanjut.Pembangunan ini di jangka hanya akan bermula pada penggal kedua tahun hadapan.