Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
69) PROJEK THE BOSS SERVICE SUITES TERBENGKALAI SEJAK TAHUN 2015
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Projek The Boss Service Suites di Klang telah diumumkan terbengkalai sejak tahun 2015. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu projek tersebut dihidup semula?
Kebenaran Merancang telah diluluskan oleh Majlis merujuk Pelan Lulus Majlis MPK/KU/105(A)/2010 bertarikh 8.2.2013. Tidak mempunyai maklumat punca projek terbengkalai dan dengan merujuk kepada Jabatan Bangunan ,MPK untuk maklumat lanjut.
Cadangan Pembangunan:
- 1 Blok Suite Servis 28 Tingkat ( Mengandungi 4 Tingkat Podium Perniagaan Dan 24 Tingkat 377 unit Suite Servis ) Dengan 2 Tingkat Tempat Letak Kereta Bawah Tanah.
- ii) 4 Tingkat Tempat Letak Kereta Dan 2 Tingkat Bawah Tanah.
Di atas Lot 116 Dan Lot 117 ( Lot Asal 64 Gm5524 ), Jalan Batu Tiga Lama, Klang Utara, Klang Bandar
Pemaju Asal : Tetuan Hotwer Development Sdn Bhd
Perunding Arkitek : Tetuan Akipanel Architects Sdn Bhd
Perunding Jurutera: Tetuan Universal Consult
Likuidator : KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd
Komponen pembangunan ini merupakan pembangunan bercampur yang mengandungi ruang perniagaan dan 377 unit servis apartmen di atas tanah komersial.
Fail asal bagi pembangunan ini telah dimajukan pada 2010 dan telah lulus sepenuhnya pada 2011 dan telah memulakan kerja pembinaan pada 09/06/2011 melalui Borang B yang dikemukakan oleh perunding Arkitek. Fail pindaan pula telah dikemukakan pada 08/05/2012 dan telah diluluskan sepenuhnya 05/04/2013.
Kerja pembinaan telah diteruskan sehingga pada Ogos 2014, perunding memaklumkan bahawa pemaju projek ini telah berpindah ke luar negara dan meninggalkan projek ini. Perunding juga telah mengesahkan tiada sebarang kerja pembinaan di tapak.
KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd telah mengambilalih projek ini bermula November 2014 apabila telah dilantik oleh Mahkamah Tinggi. Pada tahun 2015 pihak likuadator bahawa pihaknya sedang membuat proses nilaian hartanah dan di jangka siap pada Jun 2015. Pada tahun 2016, pihak likuadator memaklumkan bahawa projek ini telah di tender semula dan terdapat 3 syarikat yang berminat dan sehingga kini pembangunan ini dalam perancangan untuk dipulihkan semula oleh pihak petender yang berjaya.