Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
40) PROJEK TERNAKAN KUPANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama projek tersebut dilaksanakan dan kemukakan kawasanÐkawasan yang dikenal pasti serta berapakah jumlah keluasannya?
Akuakultur merupakan salah satu industri yang semakin berkembang di Malaysia
dan ia telah dikenal pasti mampu meningkatkan pengeluaran protein berasaskan
perikanan. Memandangkan negara berpotensi untuk maju dalam industri ini,
maka Kerajaan telah menyediakan pelbagai peruntukan bagi merangsang minat
penternak/bakal penternak. Secara amnya akuakultur terdiri dari komoditi ikan,
udang dan kerang-kerangan yang hidup dalam medium air tawar, air laut (marin)
dan air payau. Selain dari ternakan ikan dan udang, antara yang semakin
mendapat tempat ialah ternakan kerang-kerangan seperti kerang, siput sudu
(kupang), tiram dan siput mentiah (abalone). Kerang merupakan spesies yang
biasa dan diternak secara komersial di perairan negara. Manakala bagi kerangkerangan lain, ternakan masih dibuat secara kecil-kecilan. Namun demikian,
kupang berpotensi untuk dibangunkan secara komersial memandangkan
pasaran domestik yang semakin meningkat serta pasaran antarabangsa yang
luas.
Bagi negeri Selangor, ternakan kupang masih di peringkat percubaan dengan
tujuan utama untuk menambah pengeluaran akuakultur di samping
meningkatkan pendapatan penduduk sekitar kawasan pantai terutama nelayan.
Ia juga merupakan salah-satu ‘exit plan’ bagi mengurangkan aktiviti pukat tunda
tanpa lesen di perairan Selangor.
Antara kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sesuai untuk aktiviti ternakan
kupang ialah:
1) Perairan laut Sungai Sembilang, Kuala Selangor – 30 hektar
2) Perairan laut Sungai Buloh, Kuala Selangor – 30 hektar
3) Perairan laut Sungai Banting, Sabak Bernam – 30 hektar
4) Perairan laut Bagan Lalang (sebelah utara, Sepang – 30 hektar
Aktiviti ini tidak melibatkan kos makanan (yang merupakan 50-60% kos operasi)
dan pemberian makanan kerana kupang mendapat makanan terus dari
persekitarannya (air). Benih juga diperolehi secara semula jadi. Ini membolehkan
penternak menjalankan aktiviti tanpa perbelanjaan yang besar. Penternak hanya
perlu menjaga ternakan iaitu pembersihan kawasan/tali ternakan, ini
membolehkan aktiviti dijadikan pekerjaan sampingan yang boleh menambah
pendapatan. Selain dari menjual kupang segar dengan harga sekitar RM2.50/kg,
pendapatan juga boleh ditambah sekiranya penternak mengopek isi kerang
untuk dijual segar dengan harga RM9.00/kg. Kawasan ternakan kupang juga
boleh dijadikan sebagai salah-satu aktiviti agro-pelancongan dan secara tidak
langsung ia boleh membantu dalam penambahan populasi ikan di sesuatu
kawasan.
Sehingga kini, kebanyakan kupang dipasarkan dalam bentuk segar di pasarpasar utama dan restoran-restoran makanan laut. Namun bagi meningkatkan
hasil jualan, ia juga ditambah nilai kepada produk seperti isi kupang kering,
maruku kupang, keropok perisa kupang dan produk kupang yang ditinkan. -
Sila nyatakan apakah manfaat dan jaminan pendapatan yang bakal diterima oleh para peserta projek tersebut?
Sama seperti di SUB(a)
-
Sila nyatakan apakah pihak kerajaan sudah menerokai jaringan pemasaran yang secukupnya untuk memasarkan hasil ternakan kupang?
Sama seperti di SUB(a)