Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
156) PROJEK TERBENGKALAI-TAMAN SG YU INDAH, KAMPUNG SUNGAI YU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status kemajuan kerja terkini.
Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Serambi Padu Sdn. Bhd. dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bertanggungjawab dalam usaha membaik pulih projek perumahan terbengkalai Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. Ketika ini pihak pemaju sedang dalam usaha mendapatkan kelulusan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi pembinaan sistem bekalan air, kelulusan Indah Water Konsortium (IWK) bagi pembinaan Loji Rawatan Kumbahan (STP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR Selangor) bagi kelulusan Jalan Besar / Jalan Keluar Masuk di kawasan tersebut.
-
Nyatakan bila pemilik boleh menduduki rumah berkenaan?
Untuk makluman Yang Berhormat juga, berdasarkan maklumbalas daripada Tetuan Serambi Padu Sdn. Bhd., selepas pihak pemaju mendapatkan kelulusan daripada pihak SYABAS, IWK dan JKR kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dan dijangkakan milikan kosong akan diserahkan kepada pemilik-pemilik tersebut pada Julai 2017.