Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
78) PROJEK TERBENGKALAI GENTING VALLEY
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini projek terbengkalai Genting Valley.
Pemaju penyelamat iaitu NCT Platinum Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan pelan pembangunan bagi membangunkan semula projek terbengkalai Genting Valley bagi Fasa 2A dan Fasa 2B. Bagi fasa seterusnya iaitu Fasa 1 dan Fasa 2 masih di dalam proses penyediaan pelan susunatur. Pembinaan bangunan meliputi 1006 unit rumah teres dua tingkat dan 149 unit Rumah Selangorku dan 9 unit kedai pejabat
-
Adakah semua pembeli lama Genting Valley telah dikesan dan akan dibantu oleh pemaju penyelamat?
Pihak MPHS memastikan pihak pemaju penyelamat mematuhi keperluan dan keputusan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjaga kebajikan semua pembeli lama Genting Valley.
-
Apakah kemudahan awam yang besar akan dibina oleh pemaju penyelamat bagi memanfaatkan penduduk sekitar?
Di dalam mempertimbangkan pelan pemajuan yang dikemukakan oleh pihak NCT Platinum Sdn. Bhd., pihak MPHS merujuk kepada Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor sedia ada. Bagi Fasa 2A dan Fasa 2B, pemaju disyaratkan untuk menyediakan kemudahan berikut:-
- Pusat Komuniti (Bina dan Serah)
- Tapak Surau
- Tapak Sekolah Rendah
- Tapak Gerai (Bina dan Serah)
Selain itu pemaju juga disyaratkan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur sedia ada seperti jalan dan perparitan. Pemaju juga akan membina sebuah tadika dan Dewan Serbaguna. (bina dan serah)