Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

137) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ramai khususnya kontraktor Melayu merungut tentang ÒmarginÓ yang sangat kecil untuk mengambil bahagian dalam projek di atas. Minta penjelasan sebab ianya jadi hingga begitu?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2010 terdapat sebanyak 135
    projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 48,623
    pembeli. Walau bagaimanapun, hampir 60 % projek dinyatakan di atas telah
    terbengkalai melebihi tempoh 5 tahun. Berdasarkan fakta di atas, boleh dibuat
    kesimpulan bahawa usaha untuk memulihkan projek terbengkalai bukan satu usaha
    yang mudah kerana ia memerlukan kaedah luar biasa (inovatif) dan bukannya kaedah
    biasa seperti membangunkan projek-projek perumahan baru.
    Ini kerana hampir 90% projek terbengkalai mempunyai masalah kewangan iaitu projek
    tersebut mempunyai aliran tunai yang lemah disebabkan kelemahan pengurusan
    kewangan atau kelemahan perancangan pemaju lama. Kesilapan utama pemaju
    tersebut ialah tidak mengambil kira kos pembangunan secara menyeluruh iaitu kos
    infrastruktur termasuk bayaran caruman TNB, Syabas, IWK dan lain-lain. Penumpuan
    pemaju hanya pada penyiapan struktur bangunan dan membuat tuntutan kepada bank
    berdasarkan kepada peratusan siap bangunan dan kebiasaannya tuntutan hampir 70%
    hingga 90%. Akibatnya projek ini akan terbengkalai bukan disebabkan masalah
    penyiapan bangunan tetapi masalah untuk menanggung kos infrastruktur. Apabila
    pemaju penyelamat ingin masuk untuk memulihkan projek terbengkalai tersebut baki
    pembiayaan akhir pembeli hanya ada lebih kurang 10% hingga 15% dan ini amat
    menyukarkan pemaju penyelamat untuk memulihkan projek ini kecuali mendapat
    suntikan modal melalui kaedah top up di mana pembeli terlibat perlu menambah wang
    sendiri untuk menanggung defisit tersebut.
    Berdasarkan makluman di atas sememangnya margin keuntungan untuk memulihkan
    projek terbengkalai adalah kecil kerana ia bergantung pada situasi dan kedudukan
    kewangan projek tersebut.

  2. Dan berapa banyakkah Projek Terbengkalai yang telah dipulihkan sejak di lancarkan?

    Sehingga kini Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya
    menyelesaikan sebanyak 20 projek dari Mac 2008 sehingga 31 Januari 2010 seperti
    berikut :
    BILPROJEK NAMAPEMAJU UNIT
    1 Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos
    Sederhana Tinggi
    Sama Pesona Sdn Bhd
    600 Unit
    2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda
    Musa, Pelabuhan Klang.
    Transhabour Sdn Bhd
    258 Unit
    3 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di
    atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14,
    Taman Sri Andalas, Mukim Klang
    URC Housing Sdn Bhd
    28 Unit
    4 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer
    Sdn. Bhd & Tetuan
    Willow Construction
    Sdn. Bhd
    30 unit
    5 Projek Perumahan Taman Pinggiran
    Batu Caves, Daerah Gombak
    Tetuan Bee Teck
    Trading Corporation
    Sdn. Bhd.
    196 Unit
    6 Taman Prima Selayang Di Atas Lot
    8213, 6017 Sebahagian Lot 4487, 5510
    & Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak
    Kansas Corporation
    Sdn Bhd 220 Unit
    7 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918,
    PT 31343, Gombak
    Tetuan Hartawan
    Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit
    8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit
    9 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang,
    Daerah Kuala Selangor
    Tetuan Radiant Hart
    Construction Sdn. Bhd 33 Unit
    10 Tmn Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn.
    Bhd. JV Tetuan
    Yayasan Selangor
    77 Unit
    BILPROJEK NAMA PEMAJU K UNIT
    11 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat
    Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah
    Alam
    Tetuan PCM Bina Sdn.
    Bhd 1,514 Unit
    12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran
    USJ, Shah Alam
    Tetuan LBS Bina
    Group Berhad 30 unit
    13 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam.
    (Pangsapuri Okid)
    SPNB /Unique Creation
    580 Unit
    14 Cadangan Membina Rumah/Kedai 4
    Tingkat Taman Serdang Perdana,
    Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah
    Petaling
    Tetuan Green Cresent
    Sdn. Bhd.
    512 Unit
    15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan
    Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang
    Jaya, Mukim Damansara, Daerah
    Petaling
    Tetuan Sanjung Utama
    Sdn. Bhd. 1,316 Unit
    16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9
    C, 9F, 12, 19
    dan 21
    Talam Corporation
    Bhd. 1,447 Unit
    17 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2
    Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 1/2
    Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang,
    Daerah Hulu Langat (MPAJ)
    Tetuan Koperasi
    Serbaguna Anak-Anak
    Selangor Berhad 203 Unit
    18 Projek Pembesaran Kampung Gesir
    Tengah, Daerah Hulu Selangor
    HRK Holdings Sdn.
    Bhd. 128 Unit
    19 KOMPLEKS KOTA KAJANG, Mukim
    Kajang, Daerah Hulu Langat
    Tetuan Windhill
    Development &
    Construction Sdn. Bhd. 100 Unit
    20 Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang,
    Daerah Kuala Selangor
    Tetuan Richmall Sdn.
    Bhd. 84 unit
    Jumlah Pembeli/Unit 7,779 unit

Lampiran

Tiada Lampiran.