Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
250) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah telah ada tindakan pada pemaju ingkar yang dilihat sengaja melengahkan penyerahan rumah pada pembeli? Nyatakan bilangan mengikut daerah?
- Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa telah mengambil tindakan ke atas pemaju-pemaju perumahan yang projek mereka terbengkalai dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah tersebut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan turut dipaparkan dalam laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) (senarai pemaju seperti dilampirkan mengikut PBT/Daerah). Tujuannya ialah untuk membantu bakal pembeli memperolehi maklumat terkini mengenai kredibiliti pemaju bagi mana-mana projek perumahan yang ingin dibeli. Di samping itu nama-nama pemaju yang disenaraihitamkan tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah syarikat pemaju lain. Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah
S.100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin.
Selain dari itu, pembeli juga berhak menuntut Denda Penyerahan Lewat Rumah (LAD) daripada pemaju ekoran kegagalan pemaju menyiapkan rumah mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli. Sekiranya pemaju enggan membayar pampasan tersebut, pembeli boleh membawa kes mereka ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapatkan hak mereka.
.Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2010 terdapat sebanyak 122 pemaju ingkar yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor yang melibatkan 135 projek terbengkalai dengan 48,623 pembeli. Pecahan projek terbengkalai mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut :
No
Kawasan PBT Projek Perumahan Projek Komersial Projek Industri Projek Pembesaran Kampung Jumlah Bil. Projek
Jumlah Unit 1 MPK 22 5 1 – 28 4,134 2 MBPJ 3 4 – – 7 2,996 3 MBSA 15 1 1 – 17 5,210 4 MPSJ 5 3 – – 8 8,786 5 MPAJ 10 1 – – 11 2,949 6 MPKj 11 – – – 11 4,150 7 MPS 9 1 – 2 12 2,310 8 MPSp 8 – – – 8 3,941 9 MDKS 9 – – 2 11 7,128 10 MDHS 5 1 – 6 12 5,955 11 MDKlgt 7 2 – – 9 1,032 12 MDSB 1 – – – 1 32 JUMLAH 105 18 2 10 135 48,623 -
Pemaju di kawasan saya Rimau Indah Development ingkar untuk menyiapkan rumah di Bukit Rimau sedangkan mereka telah berjanji akan siap selewat-lewatnya Ogos 2009. Apakah tindakan kerajaan?
- Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), didapati pembangunan projek perumahan di Fasa IV telah terhenti dan pembinaan telah mencapai 90% siap dan di kategori sebagai Projek Perumahan Bermasalah oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sehingga kini pemaju masih belum meneruskan pembinaan walaupun penyerahan kunci kepada pembeli dijanjikan pada penghujung tahun
Memandangkan Tetuan Rimau Indah Sdn. Bhd. merupakan pemaju berlesen di bawah KPKT dan projek ini belum dikategorikan sebagai terbengkalai maka pemantauan secara terus akan dibuat oleh Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara, KPKT.