Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
130) PROJEK TENAT DI BAWAH JABATAN PENGALIRAN SELANGOR (JPS)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat yang menyebabkan sesebuah projek tersebut dikategorikan sebagai projek tenat dan apakah had EOT yang akan diberikan kepada kontraktor sesebuah projek?
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan 1PP 2014 PK4 – Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan, perenggan 9(i) “Projek Sakit didefinisikan sebagai projek yang mana kemajuan pelaksanaannya telah mengalami kelewatan melebihi dua (2) bulan atau 20% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu dan kontraktor tidak berupaya memperbaiki prestasinya.”
Berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan 201 menyatakan pelanjutan tempoh kontrak untuk kontrak bekalan dan perkhidmatan hanya diberi sekali sahaja dan tempoh maksima adalah sehingga dua(2) tahun.
Pelanjutan masa bagi Kontrak Kerja dibenarkan tidak dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan 1PP 2014 dan Arahan Perbendaharaan, oleh itu ianya tertakluk kepada Syarat-Syarat Kontrak . Untuk tujuan pengawalan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa terlebih dahulu. Bermakna tiada had lanjutan masa ditetapkan bagi sesuatu kontrak kerja.
Apabila sesuatu projek itu dijangka mengalami kelewatan dan mempunyai alasan diberi Lanjutan Masa, maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor sekiranya ia didapati layak untuk memperolehinya berdasarkan Syarat-Syarat Kontrak.
Secara lazimnya JPS Selangor menggunapakai Syarat-Syarat Kontrak JKR 203A Pindaan 1/2010 – Senarai Kuantiti Menjadi Sebahagian Daripada Kontrak dan di dalam borang tersebut, klausa peruntukan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) ialah pada Klausa 43. Antara sebab-sebab yang dibenarkan untuk kelulusan pengeluaran EOT adalah seperti berikut :-
- Force Majeure.
- Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa.
- Penggantungan kerja
- Arahan-arahan Pegawai Penguasa berbangkit dari pertikaian dengan tuanpunya tanah berjiran.
- Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO).
- Kelewatan kontraktor menerima arahan, pelan, aras dan penamaan subkontraktor/pembekal dinamakan dalam tempoh masa yang wajar.
- Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
- Kelewatan dipihak artisan, atau pihak lain yang bukan sebahagian dari kontrak tersebut.
- Kelewatan bahan/barang binaan yang tidak dapat dijangka oleh Kontraktor.
- Kelewatan dipihak Subkontraktor/Pembekal Dinamakan (NSC)
-
Senaraikan projek,nilai projek JPS Selangor yang dikategorikan sebagai projek tenat bagi tahun 2008-2017 mengikut pecahan daerah dan juga sebab kenapa sesebuah projek itu dikategorikan sebagai projek tenat?
Berikut merupakan senarai projek (sehingga 2017) yang sedang di dalam pelaksanaan yang telah diberikan EOT:
- Daerah Gombak
Bil Projek Maklumat Projek Sebab Kelewatan Status 1. Projek Menaiktaraf Sg. Gong Dan Pembinaan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-Kerja Berkaitan Fasa 1 Di Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. JPS/N/SEL/SG/22/2015(CP)
RM7,641,328.00 Tempoh kontrak : 9/12/2015 – 7/6/2017
EOT 1 : 17/4/2018
Kemajuan projek:
Jadual : 24%
Sebenar : 19%
(selepas EOT 1)
Penempatan haram di dalam kawasan tapak projek (dalam proses penguatkuasaan oleh Pejabat Tanah) Dalam pembinaan - Daerah Klang
Bil Projek Maklumat Projek Sebab Kelewatan Status 1. Kerja-Kerja Membina Lencongan Sg. Rasah Ke Tasik Ladam Sg. Klang Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan JPS/N/SEL/SG/10/2013
RM 6,710,890.00 Tempoh kontrak : 19/11/2013 – 18/5/2015
EOT 1 : 24/11/2015
EOT 2 : 16/4/2016
EOT 3 : 2/11/2016
EOT 4 : 12/11/2017
Kemajuan projek:
Jadual : 100%
Sebenar : 80%
(sebelum EOT 4)
1. Pengambilan balik tanah (selesai) 2. Kelewatan proses mendapatkan kelulusan kebenaran merancang bagi permohonan kelulusan substesyen TNB (selesai)
3. Kelewatan proses kelulusan bangunan substesyen oleh TNB.
4. Kelewatan proses kelulusan lintasan laluan keretapi dengan pihak KTM untuk kerja-kerja pipe-jacking
Dalam pembinaan 2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Persiaran Hamzah Alang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan (Pakej 2) JPS/N/SEL/S/6/2016
RM16,184,786.66 Tempoh kontrak : 13/4/2016 – 6/12/2017
Kemajuan projek:
Jadual : 77%
Sebenar : 52%
1. Kelewatan pengalihan utiliti Dalam pembinaan 3. Projek Menaiktaraf Muara Sg. Rasah Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan JPS/N/SEL/SG/32/2016
RM5,939,498.00 Tempoh kontrak : 10/11/2016 – 10/5/2018
Kemajuan projek:
Jadual : 24%
Sebenar : 7%
Perubahan rekabentuk semasa perlaksanaan projek disebabkan pertindihan dengan skop kerja JKR. Dalam pembinaan - Daerah Petaling
Bil Projek Maklumat Projek Sebab Kelewatan Status 1. Projek Tebatan Banjir Kampung Melayu Subang Di Sg. Pelempas Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1) JPS/N/SEL/SG/3/2016
RM15,136,660.08 Tempoh kontrak : 13/4/2016 – 11/10/2017
Kemajuan projek:
Jadual : 62%
Sebenar : 33%
1. Proses pengambilan balik tanah (dalam proses penguatkuasaan oleh Pejabat Tanah) 2. Proses pengalihan utiliti
Dalam pembinaan 2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sg. Kedondong Dari Ch. 0 Hingga Ch.1150 Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan JPS/N/SEL/SG/15/2015
RM5,926,625.36 Tempoh kontrak : 2/12/2015 – 31/5/2017
EOT 1 : 26/7/2018
Kemajuan projek:
Jadual : 99%
Sebenar : 29%
(sebelum EOT 1)
1. Penempatan haram di sepanjang jajaran sungai. (dalam proses penguatkuasaan oleh Pejabat Tanah) Dalam pembinaan - Daerah Kuala Langat
Bil Projek Maklumat Projek Sebab Kelewatan Status 1. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Serta Pembinaan Kolam Takungan dan Sistem Pam Di Bandar Banting (Pakej 1) Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan JPS/N/SEL/SB/14/2015(CP)
RM 6,863,985.48 Tempoh kontrak : 17/2/2016 – 16/8/2017
Kemajuan projek:
Jadual: 93%
Sebenar: 50%
Delay: 43%
1. Kelewatan kebenaran masuk ke tapak (lot PKNS) di mana berlaku transaksi dalaman di antara PKNS/Anak Syarikat dan Pihak Swasta yang masih belum dimuktamadkan (Status pada Pejabat Daerah masih lagi status tanah PKNS) menyebabkan kelulusan kebenaran masuk dan rundingan dengan Anak Syarikat PKNS dan Pihak Swasta mengambil masa yang lama. 2. Kelewatan proses mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang bagi permohonan kelulusan sub-stesyen TNB di atas tanah rezab JPS di mana sub-stesen tersebut akan digunakan untuk bekalan pam banjir menyebabkan kelewatan proses kelulusan bangunan substesyen oleh TNB.
3. Kelewatan disebabkan oleh pengurusan Kontraktor (isu dalaman) – Pengurusan sumber untuk projek.
Dalam pembinaan -
Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi projek tenat untuk tidak lagi berlaku pada masa depan?
Langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS Negeri Selangor bagi mengatasi projek tenat untuk tidak lagi berlaku pada masa hadapan adalah dengan menentukan tempoh projek sewajarnya. Penentuan tempoh projek ini adalah mengikuti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan dinugapakai oleh JPS Malaysia iaitu Garis Panduan Anggaran Tempoh Pembinaan Projek. Selain itu, bagi memastikan projek berjalan dengan lancar, pemantauan kewangan dan juga fizikal projek dipantau melalui pemantauan micro projek yang dibuat 2 minggu sekali dipengerusikan oleh Pengarah JPS Selangor.