Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
275) PROJEK TEBATAN BANJIR TAMAN MELAWIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan tarikh jangka siap bagi projek tebatan banjir Taman Melawis.
Untuk makluman Yang Berhormat, tarikh jangka siap bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Melawis, Daerah Klang, Selangor adalah pada 23 September 2025. Berikut adalah status bagi projek tersebut:-
-
Nyatakan sebab-sebab kelewatan projek ini.
Kelewatan pelaksanaan projek ini adalah berpunca daripada kelewatan kerja-kerja pengalihan utiliti milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM). Kerja pengalihan utiliti tersebut adalah tertakluk kepada Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan RMKe-12 (GP Utiliti RMKe-12) yang perlu mempunyai Memorandum of Agreement (MoA) di antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat Utiliti. MoA tersebut sedang dalam proses penyediaan oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, projek tersebut akan menggunapakai GP Utiliti RMKe-11 di mana kos pengalihan utiliti akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri semasa pelaksanaan projek. Selepas itu Kerajaan akan membuat tuntutan balik kepada syarikat utiliti yang terlibat.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meluluskan pertambahan kos berjumlah RM3,341,113.73 bagi menampung kos pengalihan utiliti milik TNB sebanyak RM1,888,427.73 dan TM sebanyak RM1,452,686.00. Pihak TNB kini sedang melaksanakan kerja pengalihan utiliti dan dijangka siap pada 5 Julai 2024. Manakala, pihak TM pula kini sedang dalam proses lantikan kontraktor dan kerja dijangka siap pada bulan Disember 2024.
-
Nyatakan jumlah kos projek ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM20,009,042.42 (termasuk pertambahan kos pengalihan utiliti sebanyak RM3,341,113.73).