Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

106) PROJEK TEBATAN BANJIR TAMAN BAYU PERDANA JALAN BATU UNJUR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tarikh jangka siap projek ini.

    Tarikh siap bagi Projek Tebatan Banjir Taman Bayu Perdana Jalan Batu Unjur adalah pada 11 Disember 2024. Walau bagaimanapun, pihak kontraktor telah memohon Extension of Time (EOT) sehingga 25 Jun 2025.

  2. Nyatakan jumlah kos projek ini.

    Jumlah kos Projek Tebatan Banjir Taman Bayu Perdana Jalan Batu Unjur adalah sebanyak RM1,228,957.14.

  3. Nyatakan sebab-sebab kelewatan projek ini.

    Projek Tebatan Banjir Taman Bayu Perdana Jalan Batu Unjur mengalami kelewatan disebabkan oleh pihak MBDK tidak menerima kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pembinaan parit alih keluar di Jalan Batu Unjur yang mana jalan tersebut adalah di bawah seliaan pihak JKR.

Lampiran

Tiada Lampiran.