Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
201) PROJEK TEBATAN BANJIR – PEMBINAAN LONGKANG KONKRIT DI DALAM LOT PERSENDIRIAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan peruntukan khas setiap tahun bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di dalam lot persendirian?
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan peruntukan khas setiap tahun bagi menyelesaikan masalah banjir di dalam lot persendirian kerana longkang konkrit di dalam lot persendirian adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Apakah pendirian kerajaan negeri berkenaan masalah banjir kilat di lot persendirian?
Pendirian Kerajaan Negeri berkenaan masalah banjir kilat di lot persendirian, seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri melalui keputusan MMKN bahawa semua longkang-longkang / parit adalah di bawah bidang kuasa Pihak berkuasa Tempatan yang berkenaan. Manakala semua sungai adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran. Oleh yang demikian sekiranya terdapat banjir kilat di lot persendirian, penyelesaiannya bukanlah di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran.