Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
127) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG SUNGAI SERAI, HULU LANGAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kampung Sungai Serai, Hulu Langat kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat turun dan melibatkan sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan Bertanya kepada Y.A.B DatoÕ Menteri Besar:- a) Apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Sungai Serai ?
Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Serai telahpun diluluskan pelaksanaannya oleh Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebanyak RM4.9 juta. Projek ini kini di peringkat penyediaan rekabentuk terperinci dan penyediaan pelan pengambilan balik tanah.
-
Bilakah projek ini akan dimulakan ?
Fasa pembinaan dijadualkan akan bermula sebelum Mac tahun 2012 setelah urusan pengambilan balik tanah selesai.