Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

29) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG MELAYU SUBANG TERMASUK DESA SUBANG PERANTAU DAN SEKITAR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca Utama projek tersebut tengendala yang sepatutnya siap pada 11 Oktober 2017?

    Projek Tebatan Banjir Kg Melayu Subang telah tergendala dari tarikh asal penyiapan pada 11.10.2017 disebabkan faktor-faktor seperti berikut :

    Isu pemindahan setinggan di dalam rezab sungai sebanyak 47 struktur yang melibatkan rumah, kedai dan bengkel. Isu ini dalam proses penyelesaian.

    Isu pengambilan balik tanah bagi 19 Lot yang termasuk dalam jajaran projek. Proses pengambilan tanah ini telah diselesaikan.

  2. Apakah tindakan kerajaan untuk menyiapakan projek tersebut mengikut jadual?

    Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang sebaiknya bagi memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut jadual. Pemantauan melalui mesyuarat tapak secara bulanan juga diadakan bagi menangani isu-isu berbangkit semasa di tapak. Walaubagaimanapun disebabkan pemindahan setinggan yang belum selesai melewatkan pelaksanaan projek.Usaha menyelesaikan masalah ini adalah sebagaimana kronologi seperti di Lampiran.

  3. Apakah jaminan kerajaan bahawa projek tersebut dapat menyelesaikan masalah banjir sepenuhnya?

    Projek ini dijangka akan dapat melindungi Kampung Melayu Subang daripada banjir dengan rekabentuk 25 tahun ARI (Annual Rainfall Interval) berdasarkan kajian terperinci Rekabentuk Projek Mitigasi Banjir bagi Sungai Damansara pada tahun 2014.

    LAMPIRAN

    Maklmat Tambahan (b)

     

    1.

     

    09 November 2016

    Notis 425 kesalahan penduduk secara tidak sah diatas Tanah Kerajaan telah dikeluarkan oleh PTD Petaling.

    Hasil bancian yang telah dijalankan mendapati sejumlah 47 struktur binaan telah dibina di atas rezab Sungai Pelempas

    2. 8 Mac 2017

     

    Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MTES). Bersetuju agar :-

    i. Tindakan penguatkuasaan perobohan akan dilaksanakan

    ii. Pengambilan balik tanah melibatkan 19 lot hakmilik, 2 lot tanah kerajaan. (isu telah selesai)

    iii. Kementerian Pengangkutan memutuskan tidak memberikan pelepasan  ke atas tanah milik PTP tetapi membenarkan JPS  meneruskan projek dengan bersyarat. (isu telah selesai)

    3. 14 April 2017 Mesyuarat Pejabat Tanah Galian (PTG) Selangor
    – Perobohan dijangka pertengahan April 2017.
    4. 04 Julai 2018 Perbincangan berkaitan 47 struktur penempatan di dalam rezab sungai bagi Projek Tebatan Banjir Kampung Melayu Subang Di Sungai Pelempas Dan Kerja-Kerja Berkaitan  Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling bersama dengan YB Tuan Shatiri Bin Mansor, Adun Kota Damansara bersama Penguatkuasa PTD Petaling dan JPS yang dipengerusikan oleh Puan DO. Mesyuarat memutuskan satu perbincangan bersama pemilik akan dijalankan bagi membincangkan isu ini.
    5. 16 Ogos 2018 Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Tuan Shatiri Bin Mansor, Adun Kota Damansara bersama penduduk, Penguatkuasa PTD Petaling dan JPS telah diadakan  bagi tujuan perbincangan berkaitan 47 struktur penempatan di dalam rezab sungai. Mesyuarat memutuskan tawaran Rumah Selangorku bagi pemilik struktur yang terlibat.
    6. 03 April 2019 Perbincangan berkenaan penyelesaian masalah pendudukan tanpa kebenaran yang sah di atas Tanah Kerajaan di dalam Daerah Petaling yang dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Datin Paduka Roslinah Binti Md Janin. Jemputan bersama  bersama dengan YB Tuan Shatiri Bin Mansor, Adun Kota Damansara dan YB Tuan Mohd Khairudin Bin Othman, Adun Paya Jaras.

    – Mesyuarat bersetuju supaya PTD Petaling mengeluarkan surat kepada LPHS untuk menyediakan kuota kepada pemilik yang terlibat dengan projek menaiktaraf Sungai Kedondong dan Sungai Pelempas. Pihak LPHS perlu mengeluarkan surat tawaran kepada penduduk yang layak mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

    – Mesyuarat bersetuju supaya tindakan penguatkuasaan dijalankan selepas pihak LPHS memberi tawaran kepada semua pemilik struktur yang terlibat.

    7. 1 Julai 2019 Perbincangan Hala Tuju Projek Sungai Pelempas yang dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Ir Izham Bin Hashim yang turut dihadiri oleh YB Khairuddin, YB Shatiri, DO Pejabat Tanah dan JPS satu kata putus yang mengatakan perobohan akan diteruskan. Surat tawaran pembelian rumah Selangorku kepada penduduk setinggan akan dikeluarkan di dalam bulan Julai dan notis perpindahan selama 30 hari. Dijangka pada bulan September 2019 masalah akan selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.