Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
47) PROJEK TEBATAN BANJIR DI TELOK GADONG, KLANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa kerja-kerja tebatan banjir di Telok Gadong, Klang (Fasa 1) yang dilaksanakan oleh JPS masih belum bermula lagi walaupun papan tanda didirikan mengatakan projek tersebut bermula pada 7 Mac 2017? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah melantik kontraktor Pembinan Jati Diri Sdn Bhd secara tender terbuka untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir di Telok Gadong Daerah Klang.
Mula kerja : 7 Mac 2017
Tarikh siap kerja : 4 September 2018
Tempoh projek : 18 bulan.
Kemajuan fizikal sebenar : 10%
Kemajuan fizikal Jadual :11%
Kelewatan : 1% .
Segala isu berkaitan kemajuan fzikal projek di tapak dipantau oleh Jabatan melalui mesyuarat tapak yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa kerja-kerja pembinaan kolam takungan banjir di Telok Gadong yang dilaksanakan oleh JPS masih belum bermula lagi walaupun papan tanda didirikan mengatakan projek tersebut bermula pada 27 Mac 2017? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah melantik kontraktor Impian Equiti Sdn Bhd secara tender terbuka untuk melaksanakan Kerja-kerja Pembinaan Kolam Telok Gadong Daerah Klang.
Mula kerja : 23 Mac 2017 dan
Tarikh siap kerja : 28 Mei 2018,
Tempoh projek : 14 bulan.
Kemajuan fizikal sebenar : 2%
Kemajuan fizikal jadual : 20 %
Kelewatan :18% .
Kerja-kerja pembinaan tertangguh di tapak akibat aktiviti penternakan haram dalam rizab Sungai Telok Gadong. Susulan ini JPS telah memaklumkan kepada Pejabat Daerah/Tanah Klang dan LUAS untuk notis dan penguatkuasaan. Pihak LUAS telah mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan kepada penternak pada 8 September 2015 dan notis amaran pada 20 Oktober 2015. Pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang juga telah mengeluarkan notis kepada penternak pada 20 Jun 2017. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan selepas operasi perobohan selesai.
Segala isu berkaitan kemajuan fizikal projek di tapak dipantau oleh Jabatan melalui mesyuarat tapak yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kedua-dua kerja ini boleh siap mengikut jadual
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran menjalankan pemantauan kedua-dua projek melalui:
- Mesyuarat Tapak Projek yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan Negeri Selangor
- Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah
- Mesyuarat Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua