Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
62) PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI KUYUH, SERI KEMBANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah projek tebatan banjir telah dilaksanakan di Sungai Kuyuh? Jikalau ada, apakah kandungan projek dan jumlah projek tersebut?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM31.13 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melaksanakan 19 program tebatan banjir di Sungai Kuyoh, Seri Kembangan.
Daripada 19 program tebatan banjir tersebut, sebanyak 13 kerja dengan kos berjumlah RM12.7 juta telah disiapkan. Antara kerja yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Sebanyak tiga (3) kerja dengan kos berjumlah RM410 ribu sedang dilaksanakan. Manakala satu (1) kerja dalam penilaian sebut harga. Antara kerja yang sedang dilaksanakan dan dalam penilaian sebut harga adalah seperti berikut:-
Manakala, terdapat dua (2) projek dengan kos projek berjumlah RM18 juta dalam perancangan dan sedang dilaksanakan adalah seperti jadual berikut:-
Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan juga turut memperuntukkan RM300 juta kepada JPS untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kuyoh, Selangor yang telah diluluskan di bawah RMKe-11 (2020). Kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pertanian Serdang, Seri Kembangan dan Sungai Besi adalah disebabkan oleh kapasiti Sungai Kuyoh dan Sungai Midah yang tidak dapat menampung aliran semasa puncak dan sistem perparitan sedia ada yang tidak sistematik.
Projek ini dijangka dapat mengurangkan kekerapan banjir, keluasan dan kedalaman banjir khususnya di Sungai Kuyoh, Sungai Midah termasuk anak-anak sungai yang lain. Ia meliputi kawasan Serdang, Seri Kembangan dan pekan Sungai Besi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan keluasan hampir 45 hektar. Penempatan di kawasan tersebut terdiri daripada kawasan perumahan, perindustrian, sekolah, perniagaan dan pengangkutan awam. Outcome bagi projek ini adalah mengurangkan sebahagian kawasan banjir seluas 30 hektar dan mengurangkan 55,500 orang penduduk dan pengguna jalan raya terjejas akibat banjir dengan tahap perlindungan banjir 100 Average Recurrence Interval (ARI).
Berikut adalah status projek RTB Sungai Kuyoh:-
Maklumat Perkhidmatan Perunding Bagi Reka Bentuk Terperinci Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyoh, Selangor adalah seperti maklumat berikut:-