Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
67) PROJEK TEBATAN BANJIR DI BATU 30 ULU YAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan Projek Tebatan Banjir di Batu 30 Ulu Yam yang melibatkan pengambilan tanah secara terperinci.
Pelaksanaan “Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kawasan Perumahan Kos Rendah Batu 30 dan Lain-Lain Kerja Berkaitan, Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan” melibatkan skop pembinaan kolam takungan seluas 4 ekar yang boleh menampung kapasiti air sebanyak 42,000 m3 serta kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran sedia ada sepanjang 300 meter. Pembinaan kolam takungan ini melibatkan pengambilan 2 lot tanah seluas 1.9388 hektar. Proses pengambilan tanah tersebut masih dalam tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor. Reka bentuk bagi projek ini telah siap dijalankan secara dalaman oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
-
Nyatakan kos dan tarikh siap projek tersebut.
Kos bagi “Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kawasan Perumahan Kos Rendah Batu 30 dan Lain-Lain Kerja Berkaitan, Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan” ini dianggarkan sebanyak RM4.2 juta termasuk kos pengambilan tanah. Peruntukan bagi pelaksanaan projek ini telah diluluskan di bawah Akaun Amanah Caruman Parit dan pelaksanaan projek ini akan dimulakan sebaik sahaja proses pengambilan tanah selesai.