Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

242) PROJEK TEBATAN BANJIR BANGI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek tebatan banjir di Pekan Bangi?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM23 juta untuk melaksanakan dua (2) projek mitigasi banjir di Pekan Bangi. Perincian projek yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Skop Kos Projek

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lemas di Kampung Sungai Ramal Dalam, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat a)    Pembinaan precast u-drain

    b)    Lain-lain kerja berkaitan

    10,000,000.00

     

    Dalam Proses Penilaian Oleh JPPH Bagi Cadangan Pengambilan Tanah

     

    Projek Dijangka Tender Pada Sukuan Keempat Tahun 2024

    2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran dan Borrowpit Sungai Semenyih dan Pembinaan Rumah Pam di Kampung Bangi Tambahan (Bangi Lama) Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan, Mukim Kajang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan a)    Menaiktaraf borrowpit

    b)    Pembinaan rumah pam dan sistem pam

    c)    Membina  flood wall tebing kiri Sungai Bangi

    13,000,000.00 Peringkat Pra Tender

     

    Projek Dijangka Tender Pada Sukuan Ketiga Tahun 2024

        Jumlah 23,000,000.00    

Lampiran

Tiada Lampiran.