Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

321) PROJEK TEBATAN BANJIR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir Selangor?

    Status terkini bagi Projek Tebatan Banjir Selangor bagi tahun

     

    Peruntukan Bilangan Projek Kos Terlibat (RM) Status
     

    Negeri (P13)

     

    20

     

    51,127,955.00

    2 projek siap

    13 sedang berjalan

    5 akan dipanggil

    Caruman Parit 11 53,327,310.5 6 sedang berjalan

    5 akan dipanggil

    Persekutuan 2 45,252,656.25 2 sedang berjalan

     

  2. Bagaimanakah dengan status kawasan banjir yang masih belum dilaksanakan?

    Bagi kawasan yang masih belum dilaksanakan, Kerajaan Negeri telah memasukkan ke dalam program RMK – 11 mengikut keutamaan terhadap kawasan yang sering dilanda banjir. Keutamaan diberikan mengikut kekerapan banjir serta kerja-kerja yang melibatkan pengambilan balik tanah, siasatan tanah, lantikan perunding dan ukur tanah telah diselesaikan dahulu sebelum tender dikeluarkan. Selain daripada itu juga keutamaan diberi kepada kawasan yang menyumbang kepada risiko kerugian, kematian serta kelumpuhan sistem ekonomi negeri dan kerugian

  3. Apakah langkah kotigensi Kerajaan Negeri sekiranya banjir masih berlaku di kawasan tersebut?

    Langkah kontingensi lain yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti:

     

    • Mencari lokasi yang sesuai untuk membina kolam takungan yang mampu menyimpan kapasiti air yang banyak sebelum dilepaskan ke dalam sungai;

     

    • Membina rumah pam kekal di kawasan tanah rendah (berada di bawah paras sungai) serta lokasi yang terlibat dengan air pasang surut bagi mempercepatkan pengeluaran air larian ke sungai; dan

     

    • Kajian semula dan mengenalpasti punca banjir berulang serta mesyuarat tindakan bersepadu bersama agensi lain bagi menyelesaikan masalah tersebut. (Jawatankuasa Task Force Tebatan Banjir)

Lampiran

Tiada Lampiran.