Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
47) PROJEK TAMBATAN BANJIR KUALA LANGAT BERKOS RM26 JUTA TAHUN 2016
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan lokasi dan tempat pembinaan ban di Sungai Langat, Daerah Kuala Langat berkos RM3.5 juta.
Kerja-kerja menaiktaraf ban Sg. Langat yang melibatkan kos sebanyak RM3.5 juta terletak di kawasan Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat.
-
Sila nyatakan lokasi dan tempat pembinaan pengawalan hakisan pantai berkos RM5.3 juta.
Projek Pengawalan Hakisan Pantai yang melibatkan kos sebanyak RM5.3 juta terletak di Pantai Kelanang, Morib, Daerah Kuala Langat.
-
Sila menyatakan lokasi dan tempat pembinaan rumah pam air untuk mengelakkan berlakunya banjir di Daerah Kuala Langat berkos RM4 juta
Kerja-kerja Pembinaan Rumah Pam Dan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujijaya Dan Mentauliah Pam Skru Archimedian Kekal Di Daerah Kuala Langat Bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor terletak di lokasi berikut;
- Bukit Changgang
- Rancangan Tanah Belia
- Paya Rumput
- Labohan Dagang