Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

121) PROJEK TALIAN PENGHANTARAN 500KV TNB DI DAERAH HULU SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat status pembinaan Projek Talian Penghantaran 500kV TNB di Daerah Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya termasuk tarikh siap.

    Jabatan Perancang Bandar MPHS hanya menyelaras projek tersebut dari segi laluan sehingga permohonan mendapat kelulusan Rundingan dibawah Seksyen 20(A) Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) di Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor. Pemantauan tapak dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan melalui Pelan Kejuruteraan yang dikemukakan.

  2. Adakah helikopter masih digunakan untuk kerja-kerja pemasangan menara talian penghantaran di bahagian atas kawasan Sg Chilling?

    Berdasarkan lawatan tapak didapati tapak helipad telah sedia dibangunkan di sekitar perkampungan orang Asli Peretak. Kerja-kerja pemasangan menara talian di bahagian atas Sg. Chiling masih belum dimulakan.

    Berdasarkan maklumat daripada pihak TNB, penggunaan helikopter masih digunakan untuk membantu kerja-kerja pemasangan menara khususnya di lokasi yang sukar di akses dengan kenderaan darat kerana bukit yang tinggi dan mengelakan kerosakan pada rezab hutan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.