Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
209) PROJEK SUNGAI KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan nama syarikat swasta yang telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pendalaman Sungai Klang dan bagaimanakah latar belakang syarikat tersebut?
Syarikat yang telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pendalaman Sungai Klang adalah Syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB). Syarikat ini adalah sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) melalui anak syarikatnya Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) yang memegang 45% pegangan saham dengan Berjaya Hartanah Berhad sebanyak 55% pegangan saham.
-
Apakah projek-projek dan kos untuk mendalamkan Sungai Klang bagi mengurangkan banjir?
Projek-projek di Sungai Klang bagi mengurangkan banjir adalah:
- Pendalaman dan pelebaran sungai.
- Pembinaan dan pengukuhan tebing dan ban sungai.
Anggaran kos keseluruhan bagi projek mendalamkan sepanjang 56km Sungai Klang adalah sebanyak RM700 juta ringgit merangkumi kos pakej 1 yang sedang dilaksanakan kini sebanyak RM249juta ringgit.