Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

42) PROJEK SUKE

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek SUKE, dan bilakah projek ini akan selesai dan jalan-jalan yang terjejas dibaiki seperti di Cheras Hartamas?

    Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa kemajuan terkini pembinaan Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) telah mencapai 93.31% sehingga bulan Oktober 2021. Kemajuan pelaksanaan projek ini mengalami kelewatan disebabkan kesan penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh negara sejak bulan Mac 2020. Oleh yang demikian, Projek SUKE ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2022.

    Pada masa kini, pihak Syarikat Konsesi projek SUKE sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf jalan-jalan sedia ada yang terlibat dengan jajaran Projek SUKE iaitu di tapak seperti Jalan MRR2, Jalan Ampang, Jalan Taman Putra, Jalan Cheras Hartamas, Persiaran Alam Damai, Jalan Alam Damai, Jalan Taman Leng Seng,

    Lebuhraya Grandsaga, Lebuhraya Kesas, Lebuhraya KL-Seremban dan lain-lain. Secara amnya, kemajuan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf ini telah mencapai 60%.

    Bagi pembinaan dan pembaikan semula jalan keluar masuk ke Cheras Hartamas dari Lebuhraya Grandsaga, kerja-kerja pembinaan sedang di peringkat akhir penyiapan. Jalan keluar masuk ini dijangka dapat dibuka semula kepada pengguna pada awal tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.