Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
155) PROJEK STRUKTUR KAWALAN SALIRAN DAN PASANG SURUT DI KAWASAN PENGAIRAN BARAT LAUT, SABAK BERNAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dijangka tender pada bulan Julai 2024, nyatakan status terkini projek tersebut.
Soalan a) dan b) adalah dijawab secara bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini telah ditender pada 6 Disember 2024 dan sesi lawatan tapak serta taklimat tender dijadualkan pada 7 Januari 2025. Walau bagaimanapun, hasil daripada lawatan verifikasi tapak projek oleh Bahagian Rekabentuk Empangan (BRE), JPS Malaysia bersama Pejabat IADA Barat Laut dan JPS Daerah Sabak Bernam pada 17 Disember 2024 mendapati terdapat satu projek JPS iaitu Projek Kawalan Hakisan dan Memperkukuh Benteng Pantai, di Kg. Seri Sentosa, Sekinchan, Daerah Sabak Bernam, Selangor sedang dilaksanakan di lokasi yang sama di mana projek tersebut telah dilaksanakan bermula pada bulan Jun 2024.
Memandangkan terdapat pertindihan kerja di lokasi yang sama, maka surat pembatalan tender telah dikeluarkan pada 27 Disember 2024. Satu mesyuarat penyelarasan projek ini akan diadakan pada 20 Februari 2025 bagi memuktamadkan perubahan/ pindaan terhadap skop kerja serta kos di dalam projek ini.
-
Berapa peratus projek telah dilaksanakan?