Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
163) PROJEK STORM WATER
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini projek Storm Water kerajaan negeri Selangor yang memperuntukkan RM100 Juta belanjawan untuknya tahun ini bagi kesejahteraan rakyat negeri Selangor?
Projek Storm water yang dicadangkan untuk dibangunkan di Negeri Selangor dikenali sebagai Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS). Berdasarkan data yang dikumpulkan, jelas menunjukkan penghasilan air di hiliran lembangan sungai khususnya Sungai Selangor berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air terawat dan jika tidak digunakan sebagai sumber air, ia akan terbuang ke sungai dan laut serta boleh meningkatkan risiko
Kawasan yang telah dikenal pasti untuk HORAS adalah seperti berikut:-
- Hilir Sungai Selangor.
Kawasan antara hilir Sungai Langat dan Sungai Semenyih di kawasan Jenderam
Pembangunan kolam takungan melalui konsep HORAS sebagai sumber air terawat untuk menakung air larian di hiliran sungai memberi kebaikan antaranya:-
Mengurangkan penggantungan sepenuhnya kepada pelepasan air dari empangan;
Mengelakkan pembaziran air yang dianugerahkan oleh Allah melalui hujan dengan pengurusan sumber air yang lestari;
Mengelakkan risiko banjir di penempatan kawasan hiliran
Namun demikian, sebelum pelaksanaan projek HORAS ini boleh dijalankan, kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan tiada sebarang pembaziran ke atas pelaksanaan projek. Pada ketika ini pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melantik perunding bagi membuat kajian bagi pelaksanaan projek penakungan air bagi tujuan mengatasi masalah banjir.
Lanjutan dari kajian oleh LUAS, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik perunding untuk membuat kajian kemungkinan bagi menggunakan air yang ditakung di dalam kolam-kolam takungan tersebut untuk digunakan sebagai sumber bekalan air. Kajian ini akan siap sepenuhnya pada akhir bulan November 2013.
-
Bilakah ianya dijangka akan siap sepenuhnya dan digunakan?
Kerajaan Negeri Selangor akan mempelawa tender bagi melantik perunding untuk membuat kajian reka bentuk projek Storm Water pada akhir Disember 2013. Kajian reka bentuk akan mengambil masa selama tiga hingga enam bulan dan selepas itu tender akan dikeluarkan bagi mempelawa kontraktor untuk melaksanakan pembinaan struktur projek Storm Water . Kerja-kerja pembinaan struktur dijangka akan mengambil masa selama dua belas bulan. Secara keseluruhan, projek Storm Water ini dirancang untuk digunakan pada tahun 2015.
-
Berapa banyak jangkaan rizab air terawat Selangor akan bertambah sekiranya projek ini beroperasi sepenuhnya?
Projek Storm Water adalah bertujuan untuk meningkatkan kapasiti sumber air mentah. Kapasiti air yang boleh dibekalkan melalui pelaksanaan projek Storm Water ini hanya boleh dikenal pasti dan disahkan setelah kajian terperinci disiapkan oleh