Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

102) PROJEK SG RASAU

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status projek Sg Rasau.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rasau Fasa 2 di bawah Pecahan Kepala (PK) 1 Pembangunan Projek Tebatan Banjir dengan kos projek sebanyak RM18,620,367.00. Berikut merupakan status projek tersebut:-

     

    Bil Tajuk Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rasau Fasa 2, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan a)    Pembinaan rumah     pam dan pintu air

    b)    Pembinaan TNB substation dan control room

    c)    Pembinaan kolam takungan

    d)    Kerja-kerja pendalaman sungai

    18,620,367.00

     

    26.5.2023

    21.11.2025

     

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 46%

    Sebenar: 36%

    (sehingga

    31 Januari  2025)

     

    Kelewatan projek adalah disebabkan oleh isu setinggan dan permohonan permit kebenaran masuk tanah milik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

     

     

     

    Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) bertajuk Kolam Takungan Dwi-Fungsi Bagi Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Sg. Klang – Sg Rasau, Selangor Pakej B: Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang, Daerah Petaling, Selangor. Berikut merupakan status projek tersebut:-

     

    Bil. Tajuk Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kolam Takungan Dwi-Fungsi Bagi Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Sg. Klang – Sg. Rasau, Selangor Pakej B: Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang, Daerah Petaling, Selangor a)    Kerja-kerja menaiktaraf kolam takungan banjir sedia ada termasuk komponen M&E

    b)    Kerja-kerja pembinaan dinding penahan banjir

    c)    Kerja-kerja pengukuhan tebing sungai

    d)    Pembinaan pintu air termasuk komponen M&E

    e)    Pembinaan side spillway

    f)     Pembinaan baru & naiktaraf water control gate termasuk komponen M&E

    g)    Pembinaan baru & naiktaraf drainage outlet

    h)    Traffic management control, dan lain-lain berkaitan

    661,632,000.00 22.7.2024

    22.10.2031

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual : 0.32% Sebenar : 0.32%

    (sehingga

    31 Januari  2025)

  2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri keatas kecuaian kontraktor yang mengakibatkan benteng kolam tadahan pecah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, benteng Kolam Tadahan yang pecah bukan di bawah skop projek JPS. JPS merupakan salah satu Jabatan Teknikal yang memberi ulasan teknikal apabila sesebuah pembangunan akan dilaksanakan. Secara dasarnya, JPS hanya memberi ulasan mengenai kapasiti serta keperluan kawasan tadahan umpamanya On Site Detention (OSD) atau Detention Pond. Dari aspek reka bentuk pula, pihak perunding yang dilantik oleh pemaju mempunyai liabiliti penuh terhadap reka bentuk tersebut. Namun, Kerajaan Negeri melalui JPS akan memantau proses reka bentuk semula dan kerja pembaikan benteng Kolam Tadahan yang pecah sehingga disiapkan oleh pihak pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.