Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

37) PROJEK SELANGOR PENYAYANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila terangkan apa itu Projek Selangor Penyayang (PSP) dan matlamatnya.

    Jawapan ini dijawab bersekali dengan No.137 daripada Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar (Meru)

    Tuan Speaker,

    Projek Selangor Penyayang (PSP) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor berteraskan pembangunan fizikal dan telah dilaksanakan di kesemua 56 kawasan Dewan Negeri (DUN) Selangor mulai bulan September 2022.

    Pelaksanaan PSP tertumpu kepada projek fizikal melibatkan projek-projek kecil dan merupakan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi perhatian terhadap penyelenggaraan serta baik pulih infrastruktur asas dan awam terutamanya di kawasan luar bandar yang tertangguh akibat pandemik COVID-19. Pelaksanaan PSP juga adalah salah satu usaha Kerajaan untuk mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

  2. Berapa projek PSP telah disiap di Selangor? Sila perincikan mengikut daerah dan jumlah peruntukan yang disalurkan.

    Sebanyak 642 projek dengan kos RM31,266,552.59 telah diluluskan di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) tahun 2022. Sehingga 1 Mac 2023, sebanyak 568 projek telah Manakala baki sebanyak 74 projek masih dalam peringkat pelaksanaan.

    Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Bagi 74 projek yang masih di peringkat pelaksanaan ianya akan disempurnakan pada tahun 2023. Projek tersebut terdiri daripada 27 projek di bawah peruntukan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) berjumlah RM6,779,000.00 dan 47 projek daripada Pihak Berkuasa Tempatan berjumlah RM11,365,792.29.

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menyambung projek ini untuk tahun-tahun yang akan datang?

    Sebagaimana diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2023 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan pelaksanaan Projek Selangor Penyayang ini yang dikenali sebagai Projek Selangor Penyayang Fasa 2 pada tahun ini. Keutamaan bagi pelaksanaan projek ini akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan naiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan Justeru, bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM56 juta iaitu RM1 juta bagi setiap DUN di bawah inisiatif Projek Selangor Penyayang Fasa 2 Tahun 2023. Projek Selangor Penyayang Fasa 2 ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk mempergiat dan merancakkan ekonomi dengan pelaksanaan projek-projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.