Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

251) PROJEK SELANGOR MARITIME GATEWAY

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek dan berapa perbelanjaan bagi Selangor Maritime Gateway (SMG)? Sila nyatakan secara terperinci.

    Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) kini telah memasuki Fasa 2 bermula tahun 2023. Didalam Fasa 2 projek SMG menumpu ke arah usaha penjanaan nilai (value realisation). Antara projek-projek berimpak tinggi yang dilaksanakan dalam Fasa 2 adalah Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) bagi meningkatkan jaminan kualiti dan kuantiti air Sungai Klang dan merealisasikan pembangunan tanah-tanah Kerajaan Negeri yang terbiar disepanjang Sungai Klang. Jumlah perbelanjaan adalah seperti berikut:

    Bagi pembangunan projek-projek pemangkin, kos yang telah dibelanjakan untuk menaiktaraf Taman Awam Pangkalan Batu adalah sebanyak RM7.3juta ringgit. Kos yang telah dibelanjakan untuk pembangunan taman rekreasi awam Mangrove Point pula adalah sebanyak RM13juta ringgit. Bagi projek mendalamkan dan melebarkan Sungai Klang pula sehingga kini, kos yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM20juta ringgit. Bagi tujuan pembersihan Sungai Klang pula sebanyak RM25juta ringgit telah dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal sungai dan pembinaan infrastruktur pembersihan seperti log boom (perangkap sampah).

  2. Bilakah program ini akan dijangka siap sepenuhnya?

    Program Selangor Maritime Gateway (SMG) melibatkan projek pembangunan, projek pendalaman dan pelebaran sungai serta projek pembersihan di Sungai Klang. Projek-projek pemangkin di Taman Awam Pangkalan Batu dan juga Taman Rekreasi Mangrove Point, Klang telahpun siap sepenuhnya. Bagi pembangunan projek perumahan di SA 05 Seksyen 24, Shah Alam ia akan dibangunkan dalam tempoh 10 tahun dan dijangka siap pada tahun 2034. Bagi projek KL 08 di Tanjung Syawal Klang, ia masih dalam proses kelulusan Kebenaran Merancang. Manakala bagi projek mendalamkan dan melebarkan Sungai Klang pula ia dijangka siap pada tahun 2027. Selanjutnya bagi projek pembersihan Sungai Klang walaupun keadaan dan kualiti air Sungai Klang telah menunjukkan peningkatan, program pembersihan akan diteruskan sehingga Sungai Klang bersih dari sampah sarap.

Lampiran

Tiada Lampiran.