Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
11) PROJEK SABDA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat ini berapakah jumlah pelaburan domestik dan pelaburan dari luar yang telah diterima?
Pembangunan pusat pemprosesan hasil laut Sg Lang, pusat pendaratan ikan Sekinchan, dan pembangunan semula Hay Resort masih dalam perancangan dan terdapat hal-hal tanah yang perlu diselesaikan sebelum pemasaran kepada pelabur boleh dimulakan.
-
Apakah kerja-kerja yang akan dilaksanakan untuk tahun 2024 dan 2025?
2024 dan 2025 berfokuskan penyelarasan hal-hal tanah untuk memastikan tapak tanah bagi projek-projek di atas sedia untuk dibangunkan dengan lancar kelak. Kajian terperinci juga akan dilaksanakan untuk memastikan konsep pembangunan bersesuaian dengan keadaan tanah dan keperluan industri di lokasi masing-masing. Sekiranya terdapat perkembangan positif berkenaan hal-hal tanah untuk tapak projek diatas, proses RFP mungkin boleh dibuat seawall pertengahan tahun 2025 untuk mendapatkan pelabur/pemaju yang sesuai untuk membangunkan projek-projek tersebut.
-
Bilakah projek ini dijangka akan diisytiharkan siap sepenuhnya?
Projek-projek tersebut adalah projek jangka masa panjang yang dijangka memakan masa tempoh lebih daripada 5 tahun.