Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

31) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DI TAMAN SENTOSA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di DUN Sentosa?

    Tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Majlis dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai adalah dengan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai diperingkat Majlis.

     

  2. Apakah tindakan oleh PBT dalam mengawal selia rumah terbengkalai yang menjadi tempat pembuangan sampah haram dan sarang gejala sosial?

    Antara tindakan-tindakan yang akan diambil bagi isu rumah terbengkalai yang menjadi tempat pembuangan sampah haram adalah seperti berikut :-

     

    1. Menjalankan carian pemilik rumah terbengkalai;
    2. Pengeluaran notis di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kepada pemilik premis mengarahkan supaya pembersihan dijalankan;
    3. Sekiranya pembersihan masih tidak dijalankan, pengeluarkan kompaun di bawah Seksyen 82(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di atas kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan;
    4. Sekiranya pembersihan masih tidak dijalankan, pembersihan akan dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan yang telah dilantik oleh Majlis Perbandaran Klang dan kos akan ditanggung oleh Majlis;
    5. Majlis Pebandaran Klang akan menuntut bayaran kepada pemilik ke atas kos pembersihan yang telah dibuat;
    6. Sekiranya tuntutan tidak dibayar, tuntutan sivil di Mahkamah akan dibuat.

     

     

  3. Apakah status pemaju rumah terbengkalai di DUN Sentosa dan nyatakan senarai pemaju rumah terbengkalai.

    Daripada semakan awal, setakat ini hanya terdapat 1 sahaja projek terbengkalai di kawasan DUN Sentosa iaitu 28 unit rumah kos rendah di Jalan Dato’ Dagang 6 dibawah Tetuan Jenfort Industries. Tindakan telah diambil oleh pihak pemaju untuk membuat permohonan kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menukarkan perumahan kos rendah ini kepada jenis Rumah Selangorku. Permohonan ini telah dikemukakan pada 29 September 2021 dan sedang disemak oleh pihak LPHS.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.