Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
93) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah projek rumah terbengkalai atau bangunan komersil terutama di DUN Taman Templer?
Untuk makluman Yang Berhormat Taman Templer, Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Seksyen 84 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 diperuntukkan kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada pemaju serta perunding yang gagal mengawalselia bangunan dengan baik. Selain itu, pemantauan juga dibuat oleh Bahagian Pemulihan Projek Perumahan Swasta, KPKT bagi untuk projek-projek pembangunan yang terbengkalai.
Bagi DUN templer, terdapat 2 projek pembangunan di dalam DUN Taman Templer yang berada dalam senarai projek terbengkalai iaitu:
BIL PEMAJU STATUS SEMASA 1
Barisan Tenaga Perancang
(Selayang Spring)
Pemaju dalam proses mengemukakan pindaan pada pelan kelulusan bangunan. Pindaan kebenaran merancang (KM) telah diluluskan pada 4.3.2020. Pra semakan untuk pindaan pelan bangunan telah dibuat pada 26.1.2020 tetapi sehingga kini pelan bangunan masih belum dikemukakan. PSP memaklumkan terdapat masalah antara pemaju dan PSP yang baru dilantik dari segi bayaran). Keadaan semasa di tapak – tiada kerja-kerja dilakukan
2
Sierra Delima
(Selayang Star City)
Projek pembinaan disambung semula oleh pemaju asal tetuan Sierra Delima Development Sdn. Bhd. Borang b (sambung kerja) telah dikemukakan pada 29 Julai 2021.
Keadaan semasa di tapak – kawasan persekitaran telah mula dibersihkan pada Julai 2021.